5 January 2022

Mask Review #11 : A'pieu Daily Sheet Mask (Green Tea)

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Harini nak share dengan korang review mask yang aku dah pakai lama tapi baru nak direview. Last update mask review tahun 2018 tapi aku rasa ada kot mask yang termasuk dalam skincare review maybe tak perasan. Okay mari kita mulakan ~ 😀

Mask ni aku beli sebab dia sangat menarik minat aku. Tak macam masak lain yang di pack satu satu. Tapi mask ni dalam box so nak tak nak kena cuba. Dah cuba baru tahu best ke tidak ken.

A'pieu Daily Sheet Mask (Green Tea)

Harga: RM35+
(33 pcs)

[Description]
Economical than a regular sheet mask to use every day for a month. Everyday face use needs hygienic care! Mini puller inside to use hygienically every day.

Green tea may have an energizing effect on your mind, but it has a calming effect on your skin when applied topically. In these green tea antioxidant-infused sheet masks, aloe vera extract provides additional soothing effects, while bamboo extract purifies and tea tree leaf extract reduces the appearance of pores.

Aku beli mask ni dekat shopee dan direct dari Korea. Tak pasti ada lagi ke tak. Korang kalau nak beli boleh check dulu dekat shopee okay. 👌

Benda pertama yang menarik tentang mask ni ialah packaging dia. Lawa dan comel. Lepastu ada pula penyepit untuk kita ambil mask tu. So bagi aku sangat hygenic dan praktikal. Sebab dalam box tu ada banyak mask so kalau boleh jangan lah guna tangan takut nanti ada kotoran atau bakteria masuk habislah mask yang lain. 

Mask ada 33 keping so boleh pakai sebulan 3 hari lah. Korang kena tahu satu benda iaitu mask ni punya expired date sangat cepat dalam 3 bulan selepas dibuka. Nak tak nak kena guna cepat cepat. Tapi aku biasalah awal awal je rajin nak pakai hari hari lama lama seminggu tu pakai 2-3 kali je. Hahaha.
Bila tengok nak expired dah barulah kelam kabut pakai sampai 2 kali sehari. 😂

Sorry lupa nak tangkap gambar masa pakai mask ni. Bagi aku mask ni dia nipis je. Dan essence dia tak banyak sangat macam mask biasa. Kalau nak pakai tu kena terbalikkan box dia so essence dia yang dekat bawah tu akan ke atas barulah terasa ada essence. Essence dia pun sangatlah light weight. Tak sticky ke apa. Just nice untuk pakai hari hari. 

Bau dia pun very mild macam bau aloe vera gitu. Lepas pakai dalam 20 minit kulit rasa toink toink juga pastu rasa sejuk je. Tapi make sure simpan box dalam fridge okay. So far selama aku pakai takde negative effect pun. Semua okay je. Tapi dia takde lah wow sangat. Just nice orang kata. Kalau korang rajin nak pakai mask hari hari boleh lah try mask ni. Tak mahal sangat harga dia. 

Kalau korang tanya berbaloi ke beli? Pada aku berbaloi kalau korang suka pakai mask hari hari. Kalau jenis aku pakai mask pun kadang kadang. Better beli yang dipack satu satu so takde lah nanti rushing nak habiskan. Gitu lah ~ 😸


Recommended or Not?
Bolehlah kalau korang rajin. Haha

Would you repurchase this? 
No!

How many stars would you give?
2.5 out of 5 stars. 🌟🌟


P/s: All products reviewed by me are not sponsored. I bought it with my own money. What works for me might not work for you and vice-versa. Thank you. 💟

Sekian.
Assalamualaikum.
(1:44 petang)




❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

No comments:

Post a Comment

Your comments will be highly appreciated ^^

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !