12 June 2021

Skincare Review #43 [GR] : ORYN Skincare

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Haluu. Rasa macam dah lama tak tulis review. Sejak practicum dari bulan April haritu makin malas ya. Hahaha. 😁

Okay taknak buang masa. Harini nak share skincare set dari ORYN Skincare. Thanks pihak ORYN bagi peluang dekat blogger tak seberapa ni untuk try produk ouls yang power ni. Dan bercakap pasal local skincare ni kan, kalau dulu cukup takut dan agak sceptical. Yela, sebab dulu kan banyak produk timbang kilo dan sebagainya. Tapi sekarang, nampak ramai usahawan yang betul betul kaji tentang skincare sebelum keluarkan produk dan itu sangat lah buat aku bangga. Dah banyak juga skincare brand local yang bagus dan dipercayai ramai. 

Secara general, produk ORYN ini:
πŸ‘‰ Diperkaya dengan Vitamin C
πŸ‘‰ Mengandungi Natural Phyto
πŸ‘‰ Tidak diuji pada haiwan
πŸ‘‰ Sesuai untuk kulit sensitif
πŸ‘‰ Bahan kandungan di import 
πŸ‘‰ Ada 'lab tested'

Tak tahu kenapa sebab aku sangat excited dengan produk yang ada Vitamin C. Macam experience aku sebelum ni pernah pakai produk ada Vitamin C dan kulit aku nampak okay sangat. Okay, sebelum aku bagi feeback pasal skincare ni. Nak share sikit tentang aku punya keadaan kulit sekarang ni πŸ‘‡

My skin before trying this skincare. Sekarang memang senang naik jerawat sebab aku pakai mask dekat dalam rumah. Family aku diuji dengan virus Covid start dari ayah aku dan kemudian berjangkit ke ibu dan adik adik aku. Alhamdulillah semua dah balik dari pusat kuarantin tapi sebagai langkah berjaga-jaga aku still pakai mask jugak. Alhamdulillah aku dengan abang aku Negative untuk second swab. Semoga korang yang baca blog ni baik baik je dan dijauhkan daripada virus ni. Aamiin ~

Macam yang korang nampak dalam gambar tu sebelum pakai skincare dari ORYN. Parut jerawat PIE sangat banyak ya sebab kulit aku memang begitu. Dan PIE ni ambil masa juga nak pulih dan hilang selalu dalam 3-6 bulan paling cepat dan setahun lebih lah paling lama. Disebabkan ORYN skincare ada vitamin C itu yang buat aku sangat excited untuk cuba skincare dari mereka. Dan aku ambil masa dalam 14 hari untuk cuba sebab kulit aku tak boleh try seminggu sebab macam nampak apa apa perubahan so kena try untuk 14 hari untuk nampak perubahan. 😝

Jadi, marilah kita tengok satu satu produk ORYN ni.

HYDRABRIGHT GENTLE CLEANSER 

[Description]
Formulated using a naturally-derived surfactant to help cleanse, hydrate and brighten up your skin. A cleanser with High-Foam might be harsh and can cause damage to the skin barrier and eventually cause multiple skin problems in the long run. ORYN HydraBright Gentle Cleanser, on the other hand, is formulated using Mild-Foam Formulation that is suitable even for sensitive skin, doesn’t leave your skin feeling too tight and helps to prevent skin from breakout due to overdry.  

[Main Ingredients] 
πŸ“ŒMulti-Action Vitamin C
πŸ“Œ Hyaluronic Acid + Panthenol
πŸ“Œ Niacinamide
πŸ“Œ Pentavitin + Sweet Almond Oil

Feedback πŸ‘‰ Memula pakai macam tak biasa sikit sebab selama ni pakai cleanser yang banyak buih. Tapi cleanser ni dia almost takde buih dan bau dia sangatlah nice di hidung aku. Lepas cuci muka kulit rasa fresh dan smooth sangat. Walaupun takde buih tapi lepas 60 saat cuci muka aku dapat rasa yang kulit aku bersih daripada segala minyak minyak dan peluh. Dia punya packaging pun nice sebab pump dan kalau nak bawak pergi mana mana boleh je lock balik pump tu. So takde lah leaking kan.

Aku pakai cleanser ni 2 kali sehari sama macam yang lain. Sekali pakai cukup sekali pump je dah boleh cover satu muka. Kekadang tercuci muka lebih 2 kali sehari sebab muka rasa berminyak, still tak mengering kulit takde rasa pedih pedih atau naik rashes. Best! πŸ‘ 

Rating: 4.5 out of 5 stars. ⭐

CLEAR GEL 5ml
(For Acne, Whitehead & Blackhead)

[Description]
Specifically formulated with a highly stabilized form of Vitamin C that helps to treat acne and blemishes. This clear and lightweight gel maintains a skin-friendly pH level that will help to reduce breakout.

☀ Helps fight pimples
☀ Lightens pimple marks
☀ Lightens dark spots
☀ Helps prevent blemishes
☀ Helps to reduce breakout

[Main Ingredients]
πŸ“ŒMulti-Action Vitamin C
πŸ“Œ Salicylic Acid
πŸ“Œ Aloe Vera Extract
πŸ“Œ Niacinamide
πŸ“Œ Zinc Extract

Feedback πŸ‘‰ Acne gel ni aku memula ingat kan serum tau haha. Sebab dalam dropper. Dan texture dia sangat lah nice dan tidak melekit langsung. Dia absorb dengan cepat. 

Antara 3 produk yang aku dapat, ini yang paling aku suka gila! Ada jerawat baru timbul dan aku letak 1 dot gel dekat jerawat tu dan pop esok pagi terus kecut. Macam takde apa apa yang berlaku. Flat je area tu. Best gila. Dan gel ni ada 3 fav ingredients aku iaitu salicylic acid, niacinamide dan juga zinc extract. Lepastu, disebabkan botol dia jenis dropper aku selalu ingat yang gel ni serum pastu terpakai lah satu muka. Pastu you know what? Esok pagi kulit sangat lembut dan glow. Sukaaa πŸ’“

Lagi satu, i hope pihak ORYN boleh pertimbangkan tukar packaging for this item. Sebab ni kan acne gel, bila guna dropper customer akan ingat ni serum dan pakai banyak sangat. End up cepat habis. Dan bila tinggal sikit dropper tak boleh nak capai gel yang dekat bawah bawah. Sayang sangat. Tak tahu nak korek cemana lagi. Huhu. Mungkin boleh tukar kepada tube. So, bila dah nak habis kami boleh gunting tube tu dan ambil saki baki yang tinggal. 

Item ni antara produk yang aku akan beli bila dah habis nanti. Dan harap sangat ORYN tambah kuantiti gel ni jugak. Heee ~ Baru 2 weeks pakai dah jadi favourite tau! πŸ’—πŸ˜

Rating: 5 out of 5 stars. ⭐

ORYN HYDRABRIGHT MOISTURIZER 30ml

[Description]
A premium moisturiser that is fully packed with the new Multi-Action Vitamin C from Korea and other powerful ingredients to help brighten the skin give intense hydration, and reduce first signs of aging for radiant and youthful-looking skin. 

[Main Ingredients]
πŸ“ŒMulti-Action Vitamin C
πŸ“ŒGlutathione + Arbutin
πŸ“Œ Natural plants 
πŸ“ŒNiacinamide
πŸ“Œ Hyaluronic Acid + Pentavitin

Feedback πŸ‘‰ Moisturiser ni packaging nice. Cantik gila sebab kaca dan tinted. Texture dia gel cream dan sangat hydrating. Ada macam orange-y scent mungkin sebab ada Natural Orange Peel dalam dia. Tu yang ada bau orange. Moisturiser ni untuk kulit oily macam aku, pakai sikit sikit dulu. Layer by layer. Bila rasa tak cukup baru add on one layer. Sebab kalau pakai banyak sekaligus dia macam jadi a bit sticky. Untuk yang kulit kering/normal takde masalah nak pakai banyak banyak. 

Benda first yang aku nampak lepas pakai moisturiser ni ialah kulit auto glow dan toink toink. Itu lepas pakai tau. Terus nampak glow dia. Bila pakai selama 2 weeks tanpa jemu, aku rasa kulit aku makin cerah. Leher pulak nampak tak sekata dengan kulit muka haha. Lepasni kena sambung pakai sekali dengan leher biar sekata je tone dia. Akhir sekali, bila pakai 3 items ni dalam satu rutin tanpa tambahan skincare lain. Memang nampak kesan selepas seminggu macam tu. Kulit makin smooth dan cerah. Jerawat bila muncul tu dia cepat je hilang. Best! 

Rating: 4.5 out of 5 stars ⭐

 

Serius tak sangka yang produk ni se-best ni. Bukan sebab nak kipas ke apa ye. Ini betul betul best sebab nampak effect dia dekat kulit kita. Dan macam review sebelum sebelum ni, aku akan jujur 100%. Kalau tak best, aku akan cakap tak best. Kalau korang tanya aku produk ni worth or not. Aku akan jawab sangat lah worth it! Try it yourself. 

2 minggu pakai set ni apa yang aku boleh kata ialah sangat berbaloi. Walaupun baru 2 minggu pakai. Kita dah boleh nampak effect dia dekat kulit. Kalau pakai selama 3-6 bulan mesti nampak perubahan yang sangat sangat ketara dekat kulit. Aku akan habiskan produk ni dan tengok nanti cemana kesan dia. Harap sangat parut PIE ni cepat hilang.

Korang kalau nak tahu dengan lebih details dan harga semua boleh layari website dia di orynskincare.com okayy. Boleh juga order through website atau dropship mereka. Kita tolong orang berniaga ok. 

Recommended or Not?
Yes! Worth trying. πŸ‘

Would you repurchase this?
Yes, especially their acne gel! The bomb! 😍

Overall rating? 
4.7 out of 5 stars ⭐


P/s: This is a gift review however it's based on my own experience and I am 100% honest with my review/feedback. What work on me might not work on you and vice-versa. Thank you. πŸ’Ÿ


Sekian.
Assalamualaikum.
(12:56 Tengah hari)



❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

2 comments:

  1. Wow produk baru ke ni? Tk pernah dengar nak cubalah nti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Takde lah baru sangat. Dah lama juga rasanya. Boleh try! Best gilaa!

      Delete

Your comments will be highly appreciated ^^

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !