20 March 2018

Skincare Review #13 : The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

💖 Okay semua. Harini nak share satu lagi review produk hype yang orang duk gaduh beli dekat ig dan sebagainya. Aku pun sebenarnya terpengaruh jugak dengan produk ni of course disebabkan ramai yang review peh gempak serta bombastic gitu ~

Ini adalah first product from The Ordinary yang aku beli. Sesiapa yang nak beli boleh search dekat IG mengunakan #theordinarymalaysia. Kat situ ramai yang jual so pepandai korang lah cari IG mana yang korang mampu nak beli. Ada yang mahal ada yang okay lah. Ada yang ready-stock dan pre-order. So, pepandai lah eh. Aku kat sini nak buat review je. Aha! 

Benda yang tiada kaitan dengan review jangan duk tanya okay ?!

The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%
Aku tunggu dalam sebulan jugak lah nak dapat benda alah ni.

Harga: RM39 (tidak termasuk pos)
Aku beli pre-order sebab yang ready stock mahal kemain. Melampau betul orang jual eh. Amboi amboi amboi mentang-mentang tengah hype. Ni yang paling murah yang aku dapat. Yang lain jual semua lebih 40.

Dah tinggal sikit dah. Nak order lagi tapi macam malas. Aha! 😂😂
Ada je yang ready stock dekat IG tapi mahal dia lain macam wo. Kalau yang pre-order nak tunggu tu lama jugak lah 2-3 minggu macamtu. Tapi ramai yang dah tak buat pre-order Niacinamide sebab dorang order selalu sangkut dekat luar. So, aku pun taktau nak order lagi ke tak. Hmmm 👀

Aku dapat awal bulan Jan tahun ni. Dapat je terus start pakai sebab sebelum ni takde pakai serum apa-apa pun. Skincare routine pun basic je. Cleanse--Toner--Moisturiser.  So, aku dah pakai dalam 3 bulan lah tambah tolak hari malas nak pakai haa gitu lah.  

First impression, pelik jugak sebab produk ni takde ingredient macam produk lain yang ada fragrance semua tu. Dia macam straight to the point je produk ni. Takde kandungan terlarang ke apa. Haa bagi aku serum takde bau sangat. Macam plain je takde apa. Pastu texture dia pekat sikit tapi tak pekat sangat. Haa faham tak. Aha! Pastu colourless macam dalam gambar.

Aku pakai setiap pagi dengan malam selepas toner. Pastu serum ni aku pakai sikit je macam satu dot kecik dekat dahi, pipi, dagu dengan hidung. So total 5 dots je. Sebab kalau pakai banyak sampai meleleh tu nanti bila nak sapu dekat muka dia keluar putih-putih. Tapi jangan risau putih-putih akan hilang lepas dah sapu betul dan meresap dalam kulit. Takde bergumpal ke apa kat muka. So, bagi aku pakai sikit pun dah cukup dia serap okay je. Takde kesan melekit ataupun berminyak. So, I likeee ~ ❤

Selama atmost 3 bulan pakai serum ni apa yang aku nampak dekat muka ialah
➽ Kulit kurang berminyak. Tapi still ada shinning gitu bila makeup tapi tak berminyak haa gitu
➽ Kulit nampak cerah sikit daripada biasa aha 💆😆
➽ Parut jerawat makin pudar lepas sebulan pakai macam tu *muka banyak bekas jerawat*
➽ Kalau malam tu aku pakai banyak sikit daripada biasa, pagi esok kulit nampak fresh je
➽ Muka rasa moist je ❤

Haa, itu je antara kesan dia yang aku nampak lah. Kesan lain takde lagi. Bagi aku serum ni best dan bagus jugak sebab apa yang dia assume tu lah yang akan terjadi kat muka. Haa takde jadi benda yang tidak diingini pun.

Untuk yang taktahu, kulit aku jenis combination. So, itu lah kesan serum tu dekat kulit aku. Untuk jenis lain tu kalau takde kesan sangat jangan lah duk carut. Relax! Kesan pada kulit tu lain-lain. Heee~


Recommended or Not ?
Yup! Aku recommend serum ni untuk sesiapa yang nak tambah serum dalam skincare routine. 

Would you repurchase this ?
Not sure ! Sebab rasa nak beli serum lain tapi serum ni pun okay dah dekat muka. Hmm so taktau lagi. Hihi

How many stars would you give ?
5 out of 5 stars! 🌟🌟🌟🌟🌟


P/s: All products reviewed by me in this blog are not sponsored. I bought using my own money. What works for me might not works for you and vice-versa. Thank you. 💟


Sekian.
Assalamualaikum.
(11:31 pagi)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

No comments:

Post a Comment

Your comments will be highly appreciated ^^

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !