19 March 2018

Skincare Review #12 : Sendayu Tinggi Acne Bar Soap

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

😇 Hai! Kalini first time nak review produk ST. Sebelum ni memang usha gak jenama ni sebab memang ada oulet dekat Sg. Buloh tapi tak pergi pun sebab malas. Haha. Yang ni aku beli masa praktikal dulu dekat oulet Kuala Selangor. Beli dalam bulan awal bulan 10 sampai sekarang ada lagi haaa. ST ni produk local yang dah lama tau. Ada outlet dan sekarang ni ada jugak dekat Watsons. Tapi dekat watsons tu takde lah banyak sangat produk. Ada yang kosmetik je tak silap. So, kalau nak cari skincare ke apa kena pergi outlet dia. Okay?! 😀

Sendayu Tinggi Acne Bar Soap

Harga: RM19.10
Boleh beli dekat oulet ST takpun dekat web dia takpun melalui dropship dorang. Kalau ada member card dapat murah sikit. Dan aku baru je buat member card. Wuhoo ! Boleh lah shopping dekat ST lepasni 💕😃

Dari awal bulan 10 tahun lepas sampai sekarang bulan 3 still ada lagi okay sabun ni. Aku punya tahap jimat tu peh kemain sangat. Orang lain potong 4/6 je kan aku potong sampai 8 ketul dapat. Aha! Sekarang ada tinggal satu ketul je yang betul pakai. Satu ketul tu boleh pakai untuk 2 minggu lebih macamtu. Cuma kena make sure tak kena air lah. Kena simpan dalam bekas tertutup.

Sebenarnya aku tak berapa berkenan dengan bar soap sebab rasa malas sangat nak bawak bekas kehulu hilir. Macam leceh gitu lah~ Pastu bekas pulak kena make sure takde air dalam tu sebab kalau ada air nanti sabun tu akan dissolve sekali dengan air. So, dah takleh pakai. Bagi aku, aku tak suka sangat dengan sabun macam ni. Tapi still pakai sebab baca banyak review pasal sabun ni. Hihi. Tu yang gigihkan diri bawak bekas sabun bila travel ke apa. 😂😂

Okay. Sekarang kita masuk part reviewing.
Surprisingly, I love this bar soap! Suka gila sebab dia punya foam tu soft je lepastu tak keringkan kulit. Sebab selalunya produk untuk jerawat ni dia kan keringkan kulit kan tapi yang ini tak pun. Kulit rasa soft je. Pastu, aku suka bau dia sebab tak over sangat. Just nice gitu~
Bila pakai sabun ni kulit rasa sejuk berangin je. Rasa fresh je lepas basuh muka tu. 👍👍

Selama dah lebih kurang 5 bulan lebih pakai sabun ni, aku rasa jerawat senang kecut. Pastu kulit tak berminyak sangat. Haa tu je. Parut jerawat susah sikit nak hilang sebab kena pakai full set jerawat punya kot. Yang ni basic je. Tak membantu sangat. Tapi bolehlah kan. 

ST ni salah satu local product yang aku suka gila sebab apa yang dia jual, tu yang founder dia pakai. Dia selalu share video cara dia guna produk dia dan aku suka gila dengan cara dia. Pastu harga dia aku rasa agak pricey tapi berbaloi lah sebab kualiti dia bagus. Tapi tak semua pricey ada jugak yang murah contoh macam sabun dia kalau orang lain jual lebih 20 ringgit. So, sebabtu aku suka ST 💝


Recommended or Not?
Yes! Sesiapa yang muka senang tumbuh jerawat boleh try this product, okay?! Kalau ada bajet lebih tu boleh try beli full set sekali dengan toner, acne cream. 

Would you repurchase this?
Buat masa sekarang maybe tak sebab ada dua lagi cleanser aku tak pakai iaitu Aiken dengan Nivea so kalau nak beli pun kena tunggu habis cleanser yang lain dulu. Hihi

How many stars would you give?
4.5 out of 5 stars. 🌟🌟🌟🌟🌠


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. What works for me might not works for you and vice versa. Thank you. 💟


Sekian.
Assalamualaikum.
(6:10 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

No comments:

Post a Comment

Your comments will be highly appreciated ^^

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !