9 February 2016

5 Dalam 1 #4

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt



1) Beberapa hari sebelum habis final exam, kitorang (housemates) jalan-jalan pergi I-City Shah Alam. Lama gila plan nak pergi tapi tak pergi-pergi sebab jadual memasing padat dan tak sama. Tapi Alhamdulillah sebelum semua bawa haluan memasing (tak sama rumah dah) sempat gak pergi. Hihihi. Sepatutnya satu rumah 6 orang. Tapi sorang dapat tawaran UTEM Melaka. 
Hi Kak Wani, sihat tak ? Hihihi.
Sorry lah tak cerita sangat pasal kampus, housemates, course apa semua. Bukan apa cuma malas nak cerita. Hahahahaha





2) Harapannya bila dapat laptop baru ni makin rajin mengarang tapi hampehh. Makin malas. Hahahaha. Sorry again. Bila free kat kampus aku tak tau nak buat apa. Nak mengarang rasa malas sangat plus taktau nak cerita pasal apa. Masa sekolah dulu banyak cerita nak share dengan korang. Tapi sekarang ni banyak jugak tapi entah lah. Senang cerita tuan punya blog semakin malas. Itu ajaa. Hahaaahaha




3) Awal tahun haritu aku sekeluarga pergi makan-makan dengan seluruh keluarga belah ibu. Dah macam hari keluarga dah. Makan-makan diadakan di Restoran Pantai Jeram tak silap. hehehe. Lupa dah nama kedainya. Seluruh family ada tapi nampak macam tak ramai je. Dalam 30 orang je. Ramai gak lah bagi aku. Gambar-gambar lain malas nak post sebab dah nama entri ni 5 dalam 1. Hanya 1 gambar yang dibenarkan untuk satu cerita. Hahahahahaha




4) Bila first time masuk library selepas orientasi rasa macam peh peh besar gak library ni. Hahahahaha. Kitorang kena cari buku untuk subjek SLTL (Second Language In Teaching and Learning). Penat wehh nak mencarinya. Library je ada 3 tingkat tak silap. Tapi bila jumpa je buku tuuu rasa macam peh peh peh terror gilaaaa aku wehhhh. Hahahahahha
Haaa nampak muka happy lepas dapat buku yang diinginkan. Hahahhahaha




5) Haaa korang ingat lagi tak kat Makcik aku yang kahwin tahun 2014 lepas. Yang tak tau tu boleh le baca entri ni #EpyZuraWedding. Kalau yang ingat tuu. Ni haaa nak tunjuk sikit muka anak dorang. Hehehe. Ni dia Fatinah Humairah bam bam. Hahahahha bulan ni nak masuk 7 bulan tak silap. Dah besar dah. Rasa macam baru je aku cerita pasal dorang merisik--tunang--nikah--sanding. Tup tup dah ada anak dah. Cepat sangat masa berlalu. Huhuhuhu




Okayyy nak cerita itu ajee.
Kepada sesiapa yang merindui coretan hidup sis.
sila stay sampai sis berubah jadi rajin balik ya.
Hahahahhaa

Sekian.
Assalamualaikum.
(9:08 malam)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

No comments:

Post a Comment

Your comments will be highly appreciated ^^

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !