Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
Yeay dah part 3 ! InsyaAllah lagi 10 part habislah cerita pasal PLKN. Hahaha jk jk
Lagi 1 part je tinggal dengan entri barang keperluan untuk plkn. Sebab memang banyak yang aku nak cerita kat korang. Tapi nanti macam tak best pulak sebab semua benda aku cerita. Nak jugak biar korang rasa sendiri. Okayyy ? Sikit je lagi ok !
Rindu bangun pagi sabtu dengan langit macam ni. Tak selalu nampak. Hanya masa cuti je. |
Part 3 - AKTIVITI
Antara aktiviti yang ada dekat PLKN PRINCESS HALIZA. Plkn lain aku taktau lah sama ke tak. Ini untuk PH je k.
- PT pagi (ni macam senaman pagi lepas rocall pagi)
- Senam tari / senam robik (setiap khamis lepas rocall pagi)
- Kelas (setiap hari kecuali ada aktiviti lain tak pun cuti)
- Ceramah Pertolongan Cemas
- Aktiviti Kreativiti
- Navigasi
- Kembara halangan (ini yang ada tembok tinggi tu)
- TTS = Tempur Tanpa Senjata (taekwondo)
- Masuk Hutan untuk praktikal navigasi
- Ceramah Jabatan Keselamatan Jalan Raya
- Kelas kerohanian (setiap rabu khamis lepas isyak)
- Program AKPK = Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit
- Program kemasukkan ke Universiti / Kolej
- Program Penghayatan Sastera dan Budaya (ada lakonan, bacaan puisi)
- Flying fox dan Tali rendah
- Program Agensi Dadah Kebangsaan
- Ceramah 1 Malaysia
- Bleep test
- Pertandingan Semarak Semangat Patriotisme (lakonan dan puisi)
- Program Derma Darah
- Program Klik Bijak
- Latihan Renang @ MMU, Cyberjaya
- Karnival Sukan ( bola baling, futsal, bola tampar)
- Menembak @ Lapang Sasar Bukit Jugra, Banting
- Mentor Mentee
- Ikhtiar Hidup dan Perkhemahan
- Khidmat Komuniti
- Qialmulail
- Wirajaya
- Ceramah JPA
- Ceramah RELA
- Ceramah ATM
- Malam Penutup PLKN
lari, panjat, gayut, merangkak, mengesot
Program Penhayatan Sastera dan Budaya
Ada lakonan, puisi
Yang ni Pertandingan SSP
Charlie nombor dua
best sangat dapat berlakon macam teater
Menembak dekat Bukit Jugra
Best sebab kat sini dapat lunch nasi minyak
minum air sirap ais peh
aku siap tapau masuk dalam botol lagi
sebab dekat dewan makan takde air ais.
Semua air panas. Kalau kau kepedasan memang tak dapek nak tolong la
kena kacau air bagi sejuk dulu baru boleh minum. Hahaha
Kat sana 2 kali je pihak plkn bagi air sejuk.
Masa menembak dengan malam penutup. Tu jaa
Kalau kau nak minum air sejuk hari hari kena keluarkan duit lah, beli kat koperasi.
Wirajaya
2 hari satu malam
dekat hutan belakang kelas
Best sebab semua benda buat sendiri
pasang khemah, masak
Malamnya pulak ada night walk dalam hutan.
Kau bayangkan masuk hutan pukul 11 lebih
dengan cikgu buat-buat bunyi hantu pakai baju hitam bagai
Tapi best sebab lepas tu cikgu bagi supper lemang, ketupat, kuah kacang dan rendang
boleh lah feeling raya dalam hutan makan dalam mistin
hahahaha
Perbarisan Penutup~
Best time part baling berey
Rasa macam dah graduate dari penjara
hahahhahah ^-^
Malam penutup.
Esoknya dah balik.
Majlis habis pukul 12 malam.
esoknya kena berkumpul nak balik Selayang pukul 5 pagi.
dengan aku kemas barang tak habis.
Habis majlis terus balik dorm kemas barang
pukul 2 pagi mandi terus pakai baju kelas dan tidur
Pukul 5 lebih Risha kejut
Siap-siap terus ke pejabat sebab nak kena cek bagasi
Aku ingat nak balik dengan parents. Tapi tak jadi, naik bas lagi best.
Ni lah antara aktiviti kat sana. Ada yang aku lupa nak catat. Tapi kebanyakkannya aku catat. Mungkin PLKN yang akan datang lebih banyak aktiviti. Sebab kumpulan 1 ni sekejap je. 10 minggu je. Sepatutnya 12 minggu. So, banyak aktiviti yang dibatalkan untuk kitorang. Lagi pun bulan 12 kan setiap hari hujan so kem pun naik air jugak. Tasik depan kelas airnya macam nak melimpah. Tu yang budak plkn kelantan dipindahkan ke plkn area selangor. Tapi bestnya dapat lah kawan dari Kelantan, Pahang, Terengganu. Best.
Sambung part last .....
Sekian.
Assalamualaikum.
(10:46 pagi)