6 May 2015

PLKN Life - Part Last

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Okayy dah sampai part last untuk cerita PLKN. Nak cerita apa lagi eh ? Aku rasa dah cerita banyak sangat untuk korang tau kehidupan dekat plkn. Apa lagi yang korang nak tahu pasal plkn ? Kelas ?

Okayy aku cerita sikit pasal kelas. Mungkin next plkn dah tak sama sebab ada transformasi. Takpe aku cerita jugak ok.

Kelas start pukul 0900 hingga 1230. Satu sesi sejam setengah pastu rehat pastu sambung balik. Kalau hari jumaat habis kelas pukul 12 sebab wira nak pergi solat jumaat. Tapi wirawati yang best. Sebab rasa kosong je kem. Pergi surau untuk zohor pun rasa best. Sebab tu ramai yang pakai ala kadar je pergi surau hari jumaat. Yang wira non-muslim confirm tak keluar dorm sebab tidurrr. Hahaha.

Ok. Kelas memang bosan. First day masuk memang bosan gila. Kau melukis dan mewarna sikit-sikit. Antara kelas yang ada ;

- Kelas Modul 1 (6 hari)
- Kelas Modul 2 (6 hari)
- Kelas Budaya Kerja (4 hari)
- Kelas Pekerti (4 hari)
- Kelas Kenegaraan (9 hari)
- Kelas Integrasi (3 hari)

32 hari kesemuanya. Tapi kelas tak berderet sebulan. Last kelas tak silap aku 6 Feb 2015. So, ambik masa jugak lah nak habis kelas-kelas ini. Bukan sebulan terus habis. Dalam kelas cikgu bukan ajar macam sekolah dia lebih kepada perbincangan. Cikgu cakap sikit. Pastu cikgu suruh kau bincangkan dengan ahli kumpulan. Dan ahli kumpulan tak sama sampai kelas akhir. Tukar-tukar. 

 Buku yang aku dapat setiap kelas.

Contoh macam aku kelas modul 1 sampai pekerti kat PK5, kelas seterusnya sambung kat kelas PK6. Kau takkan dapat kelas yang sama. Group pun tak sama. Aku ada 5 group.
Dekat kem Princess Haliza ada 6 kelas. Satu kelas dalam 70+ orang tak silap. Kelas depan tasik memang santai je. Anggap je lah kau pergi bercuti. Hahahaha. Kalau musim hujan best gila weh. Tasik penuh dengan air macam nak melimpah je. Pastu harap sangat takde kelas sebab kelas masuk air ke apa ke. Tapi takde punnnn. Hahahahha. Satu je pesanan masuk sini jangan nak berharap sangat. Redha je dengan apa yang berlaku. Hahahaha 

* Wak Ma Chi Dia Bah
* MARI (Mawar Berduri)
* Keluarga Mas Joko
* Leftenan Adnan
* Wayang Kulit

Group kena tukar setiap kelas. Alah korang akan rasa jugak benda ni nanti. Cuma satu je aku nak pesan jangan sombong. Sebab kau kena bekerjasama dalam kumpulan. Jangan fikir nak guna idea kau je. Kau akan dapat ahli yang macam ni dalam group. Serius ! Dalam group aku semua ada orang macam tu. Bajet bagus last-last orang langsung taknak dengar pendapat kau. Pastu kau nak nangis pun orang dah tak kisah.

Dalam kelas kau kena banyak berinteraksi dengan kawan kau dalam group. Setiap hari cikgu suruh kau bincang dengan group apa yang kau fikir rasa pendapat kau semua lah. So, memang kena banyak cakap. Aku pun masa memula masuk rasa kekok. Malu nak cakap dengan orang. Malu nak buat persembahan depan kelas. Tapi dah lama-lama rasa malu tu kurang cuma kena confident dengan apa yang kau nak sampaikan. Tu je. Dan setiap akhir kelas ada persembahan. Yes ! Setiap kelas ada. Macam-macam aku pernah buat. Dikir barat, lakonan, nyanyian, kior, hias kelas. 

Senang cerita banyak benda yang kau dapat belajar dekat kelas walaupun tahap kebosanan dia tinggi. Dan setiap kali datang kelas memang ngantuk. Semua ngantuk tak tau kenapa. Hahahaha. Tu je kot cerita pasal kelas.

Kau akan dapat sijil bila dah habis majlis perbarisan penutup. Masa nak pulangkan baju loreng semua. Masa tu kau akan rasa "eh dah nak habis dah. huhuhuhuhu
Hahahahaha. Ke aku je yang rasa macam tu. 

Overall, PLKN memang best bila kau hayati apa yang kau buat kat sana. Kau dapat kawan baru. Pastu whatsapp kau akan penuh dengan group-group dari plkn. Hahaha. Kenangan yang tak dapat aku lupakan. Walaupun banyak kali kena denda push up atas padang kawad. Kenangan tuuu memang peh tak dapat digambarkan dengan kata kata. Cewahhhh
Dan dapat bawak balik muka 'sun-burnt' tunjuk kat parents. Hahahaha

Meet my bebigels
Shikin budak sepang
Risha budak sama sekolah
Zulyanna budak sarawak
lagi 2 orang hilang masa ni.
Lepas habis perbarisan penutup.

2 bulan je kau dah boleh rapat dengan stranger yang kau taktau asal usul dia. Dari sabah sarawak. Best gila dapat kawan dari negeri lain. Kau belajar cara dia berkomunikasi dengan orang lain. Kawan kawan aku yang asal selangor terikut-ikut bahasa budak sabah sampai aku konfius dia ni budak selangor ke sabah. hahahahahah

So, jangan takut bila korang dapat PLKN. Everything gonna be okay. Just have fun there. Okayy ?

Sekian.
Assalamualaikum.
(12:20 tghari)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !