29 April 2015

PLKN Life - Part 2

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt 

6 Disember - 8 Disember takde aktiviti pun. Tunggu kedatangan budak-budak dari Shah Alam, Putrajaya dengan Sabah Sarawak. 3 hari tu memang free la. Pakaian bebas nak kehulur hilir. Hari kedua dapat pakaian PLKN. Dah dapat je, esoknya kena pakai pakaian full plkn la kan. Dengan tudung kena masuk baju semua. Serius tak selesa. Dengan lelaki ramai. Malu weh tapi tawakal je. Ingat 2 bulan lebih je. Lepas ni no more. 

Ni buku catatan aku kat sana. Segala aktiviti aku catat supaya tak lupa. Siap buat kalendar sebab nak kira hari bila nak balik. Hahaha. Ramai pulak yang buat macam ni. Pastu dengan adanya catatan ni boleh la cerita kat kengkawan apa je yang aku buat kat sana. Rocall pagi malam, nyanyi sampai nak keluar anak tekak memalam buta, pergi kelas, TTS, menembak, berenang, flying fox dan banyak lagi.



Gambar atas ini katil aku dan pandangan depan katil. Katil hujung is the best ! Plug dekat senang nak charge phone. Nak tukar baju senang. Simpan barang senang sebab bawah iron table ada space letak barang. So, memang barang aku je penuh kat situ. Kalau korang perasan ubat-ubatan tu aku punya. Sebab kat sana memang senang sakit. So, bila kau rasa tak sihat je terus gi klinik plkn minta ubat. Minta mc sekali kalau kau rasa taknak pergi kelas. Hihi. Nak apa lagi ? Semua senang. Tapi part yang tak best bila time dapat phone memang tempat aku penuh je dengan orang nak charge phone. Sorang bertengek kat katil aku, sorang bertengek atas iron table. Pastu ada yang gaduh sebab charge lama, orang lain tak dapat charge. Itu lah kisahnya. Better takyah dapat phone sebab bila takde phone barulah kita pergi ke katil member ajak borak. Bila dapat phone je hampeh ! Borak dengan phone je lah. Kau buat hal kau, aku buat hal aku. Cenggitu ~~

Ni pulak surau Princess Haliza. Surau ni memang kecik je. Bila time maghrib isyak memang full sebab time tu wajib berjemaah. Subuh pun wajib berjemaah sekali tapi tak full sebab ramai yang membuta lagi. Bila cuti je lagi lah. Tukang azan pun lambat sampai. Rabu khamis ada ceramah lepas isyak sampai pukul 1030 malam. Jumaat kuliah subuh. Tapi kadang-kadang je ada. Ustaz busy memanjang. 

Ok. Apa lagi yang korang nak tau pasal PLKN ??

Oh ya. Ingat tak kaunter bacaan solat tu ? Yang tu sebenarnya nak tengok kau punya bacaan solat lancar ke tak. Kalau kau sangkut kat situ. Kau kena pergi kelas macam bengkel solat kot. Setiap isnin selasa lepas isyak. So, kalau korang rasa taknak masuk bengkel tu nak rehat-rehat dalam dorm sampai waktu rocall malam. Bacalah dengan lancar dekat kaunter tu. Sebelum pergi PLKN make sure kau hafal semua bacaan dalam solat. Sebab dia random je tanya. Kalau kau dapat bacaan doa qunut hah baca lah kau doa qunut. Aku dapat banyak masa tu. Syahadah, rukun islam iman, bacaan solat, alif  ba ta dengan potongan ayat alquran. Alhamdulillah aku lulus. Hihi. Macam kursus kahwin.

Ni jadual harian kat sana. (setiap hari kecuali cuti umum takpun ada aktiviti pagi) - sistem 24 jam

0530 pg : Bangun, mandi, siap-siap berpakaian lengkap PLKN iaitu baju PT
0600 pg : Subuh berjemaah dekat surau
0630 pg : Rocall pagi - nyanyi, doa, ikrar, PT pagi
0730 pg : Sarapan
0830 pg : Rocall untuk ke kelas
0900 pg : Kelas bermula 
1030 pg : Rehat
1100 pg : Sambung kelas
1230 pg : Habis kelas dan lunch
1430 ptg : Baris dekat Dewan Syarahan kalau ada program atau ceramah
1630 ptg : Minum petang, solat asar
1700 ptg : Rocall petang
1730 ptg : Riadah / Gaya Hidup Sihat
1830 ptg : Makan malam
1900 ptg : Berkumpul di gelangang futsal untuk ke surau
1930 ptg : Dah cukup ahli kompeni, terus ke surau untuk solat berjemaah
2000 mlm : Lepas maghrib ada bacaan al mathurat setiap hari kecuali khamis bacaan yassin 
2020 mlm : Solat isyak
2100 mlm : Rocall malam dekat dewan syarahan kalau takde program
2230 mlm : Supper
2300 mlm : Masuk dorm. Tidurrr .. ZZZZZ

* Tapi kadang-kadang tak ikut jadual pun. Suka hati cikgu yang bertugas hari tu la dia nak bagi kau supper pukul berapa rocall malam pukul berapa. Kadang-kadang supper pukul 9 malam. Lepas tu rocall malam, nyanyi semua bagai. Pukul 10 lebih dah boleh masuk dorm  rehat. Tapi jarang sangat. Selalunya dia saja dera kau sampai pukul 11 lebih baru bagi masuk dorm. 

Lupa nak bagitau, kat sana semua jurulatih kau kena panggil Cikgu. Kecuali pengawai pejabat apa tah. Kau kena panggil dia Tuan takpun Encik. Nanti ada majlis suai kenal kau hafal nama dia semua. Tu jaaa.

Sebelum pemulangan handphone
Rindu sangat :')

Sambung part seterusnya.....

Sekian.
Assalamualaikum.
(9:44 pagi)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !