5 April 2019

Skincare Review #33 : Hatomugi Lotion Skin Conditioner

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hello! Disebabkan toner Safi aku dah habis so aku pakai yang Hatomugi Lotion pulak. Walaupun nama dia Lotion tapi dia sebenarnya toner tau. Orang Jepun panggil toner dia lotion so kalau korang pergi mana-mana drugstore pastu nampak produk Jepun yang lotion tu haa itu adalah toner okay. Jangan engkau gaduh dengan pekerja dia marah-marah "Kenapa letak lotion dekat bahagian skincare?" susah okay. Kang ada yang kena halau dari kedai pulak. 😂

Hatomugi Lotion Skin Conditioner

[500ml]

Harga: RM19+ (Harga asal RM31)

[Description]
Contains natural plant extract
Hatomugi (coix seed)

🌻  A moisturizing and non-sticky lotion that penetrates easily into areas of dry skin
🌻 Provides ample moisture to the skin, keeping it smooth and free from roughness
🌻  For best results, pour a generous amount of Hatomugi lotion onto cotton pads and apply it as a face mask for approximately 5-10 minutes daily
🌻 It soothes the skin right after sunburn and has a cooling and tightening effect
🌻 Can be uses as a face and body mist
🌻 Use generously after a shower or bath by lightly padding it into the skin for moisturizing effect
🌻 Fragrance and color free


[Ingredients]

Sebelum aku beli toner ni aku banyak baca review dulu. Ramai yang kata sesuai dengan kulit dorang dan ada jugak yang kata tak sesuai. Pastu paling ramai yang pakai toner ni adalah golongan yang kulit berminyak. Yang kulit kering tak sesuai sangat sebab ada alcohol. So, apa-apa hal sebelum korang beli skincare baru make sure baca review dulu. Jangan baca satu dua je. Baca semua orang yang review produk tu. Baca yang lain-lain jenis kulit so barulah kita decide nak beli ke tak. Okay 😉

Aku beli toner ni masa sale Guardian so dapat murah sikit lah dari harga asal. RM20 untuk 500ml sapa nak bagi oi? Jimat gila kot. Setelah pakai dalam sebulan gitu aku dapat rasa yang toner ni sesuai dengan kulit aku yang kekadang berminyak dan kekadang macam combination skin pun ada. So, senang cerita kulit aku jenis oily skin lah. Aku pakai setiap kali lepas cuci muka. 

Pakai macam toner biasa dengan cotton pad. Tapi kekadang guna tangan je dap dap dekat muka. Tapi sekarang ni apa yang aku buat ialah aku beli botol spray kecik dalam 30ml cenggitu pastu refill dengan toner ni. So, tiap kali lepas cuci muka aku akan spray toner ni pastu dap dap guna tangan. Aku buat dalam 3 ke 4 kali je. Sebab dia hydrating toner tau. Bila dah spray kali ke 4 tu dah rasa kulit macam moist gitu pastu pakai moisturiser pulak. Kalau rajin aku akan pakai toner Hada Labo pulak lepastu baru moisturiser.
 So, kulit rasa toink toink gitu ~ ✨✨

Selain pakai macam toner, aku pernah jugak buat mask guna compressed mask dan cotton pad. Pakai dalam 10-15 minit pastu kulit rasa sejuk dan moisturised. Pastu kekadang buat buat sebagai face mist jugak sebelum dan selepas makeup. Serius banyak gila cara korang boleh pakai toner ni sebab dia 500ml kan. Pastu texture dia pulak sangat cair dan takde bau sangat. Tapi aku ada bau macam bau dettol sikit. Hahaha taktau aku sorang je kot yang bau gitu.

Bagi aku, aku suka dengan toner ni sebab dia sesuai dengan kulit aku dan aku boleh nampak effect dia dekat kulit aku. So, aku recommend dekat korang yang nak buat toner as face mist tu boleh lah beli toner ni. Baca dulu ingredients dia kat atas tu. Untuk kulit sensitif aku rasa korang tak boleh pakai sebab ada preservatives dan alcohol. Tapi kalau korang nak try tu, hmm try lah member punya ke apa eh. Kalau korang dah beli tapi tak sesuai dengan kulit ke apa jangan lah buang. Bagi kat orang atau pakai dekat badan. Okay.

Okay itu je review dari aku. Hiks~  ✌


Recommended or Not?
Yes!

Would you repurchase this? 
Yes! Mesti beli masa sale sahaja sebab murah gila nak~

How many stars would you give?
5 out of 5 stars. 🌟🌟🌟🌟🌟


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. What works for me might not work for you and vice-versa. Thank you. 💟


Sekian.
Assalamualaikum.
(1:23 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

13 comments:

  1. boleh digunakan dekat badan juga yee ? sebab baru nak try . tu pon orang bagi . lagi pon sis ni jenis kulit sensitif . so takut nak try sebenarnya :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes sis. Dekat botol dia ada kata boleh untuk guna untuk badan jugak.

      Apa yang saya tahu, apa yang kita pakai dekat muka, kita boleh pakai juga dekat badan. Contoh kalau dia ada moisturiser yang tak sesuai dengan kulit muka, kita boleh jadikan sebagai lotion badan so tak membazir.

      Kalau dekat badan pun tak sesuai barulah kita bagi orang lain. Gitu ~ Hihi

      Delete
  2. toner ni boleh pudarkan dark spot jugak tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut experience kita pakai toner ni dia buat kulit rasa hydrate dan lembab je.
      Kalau dark spot kita tak sure lah awak.
      Untuk dark spot boleh try cari skincare yang ada Vitamin C, Alpha Arbutin haa itu antara ingredients yang boleh pudarkan dark spot.

      Harap membantu :)

      Delete
  3. umur berapa je boleh pakai toner ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila awak rasa awak dah kena pakai skincare. Haa dah boleh pakai lah tu.

      Delete
  4. buat muka beruntusan cocok ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak. Beruntusan tu apa ya? Saya tak tahu pulak.
      Acne ke?

      Kalau acne, saya rasa okay je. Cumanya kena tengok kulit kamu okay ke tak dengan ingredient dia.

      Delete
  5. Akak coba produk hatomugi lain tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Tak pernah lagi try yang lain. Toner ni pun try sebab ada sale hihi.
      Sebab agak pricey sikit harga brand ni. InsyaAllah nanti nak try moisturiser dia pulak.

      Delete
  6. ANCE PRONE + OILY SKIN OK TAK KLAU NK TRY?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Saya pun acne + oily skin. Saya pakai okay je setakat ni. Awak boleh try jugak. :)

      Delete
  7. Saya baru pkai ni memang normal ke kalau naik jerawat ???

    ReplyDelete

Your comments will be highly appreciated ^^

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !