5 April 2019

Makeup Review #42 : Focallure 3in1 Makeup Palette

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hai. Harini nak share barang ke-4 aku beli daripada Brand Focallure ni. Aku jenis beli satu-satu tak beli sekaligus pun. So review pun bau sikit je pasal brand ni. Tapi InsyaAllah in the future aku akan beli lagi. Hihi

Focallure 3in1 Makeup Palette
Aku tak tau nama betul dia sebab dah terbuang kotak masa nak buat review ni. Tapi dekat Shopee yang aku beli ni nama dia Focallure Natural Face Makeup Shimmer Powder Blusher Palette. Hah gitu! Punya lah panjang nama dia. Tu yang aku pendekkan jadi 3in1 makeup palette je. Hahahaha

Code: 02

Harga: RM6.83
Apa yang aku perasan kan brand Focallure ni dah start naik harga kat Shopee. Masa awal-awal dulu tak mahal sangat tau barang dia. Ni aku tengok eyeshadow palette dah sampai RM40 satu. Kemain ya! Mentang-mentang ramai dah tahu dan suka. Tapi aku still cari yang paling murah hiks~

[Description] 
👉 3 colors in a palette, one shimmer color for highlighting, one matte bronzing powder for bronze cheeks. 👉 Oil control ingredient 👉 Ultra-fine powder creating a natural no show makeup finish

Brand ni memang dah ramai kenal so sesiapa yang rajin shopping dekat Shopee *macam aku* confirm dah tahu. Lelagi bila tahu barang ni murah tapi quality kebaboom pom pom okayy 🎆🎇
Aku dah pernah try barang lain so korang boleh scroll bawah bawah sana mesti ada punya. Dan apa yang aku suka pasal brand ni ialah semua warna macam eyeshadow, blusher, highlighter dia semuanya pigmented gila okay. Walaupun aku tak pernah try eyeshadow dia tapi ramai gila orang dah review dekat Youtube, so korang boleh pergi tengok okay sebelum nak beli tu. 

Okay. Marilah kita start review 3in1 makeup palette ni. Tang packaging tak cakap lah kan sebab dah memang nice gila. Hitam bold gitu nampak elegant dan have-have gitu. Hahahaha pastu yang penting ada cermin untuk memudahkan kerja nak makeup. 

Dan seperti yang korang tengok atas tu dia ada 3 benda iaitu bronzer, blusher dan highlighter. Tiga-tiga benda ni sangat-sangat pigmented ye anak-anak. Ambik sikit je guna brush dah boleh cover seluruh pipi. Yang penting senang nak blend. Bronzer dia memang sesuai dengan kulit aku. Tak gelap sangat dan tak cerah sangat just nice. Blusher pulak warna dia macam pink coral gitu. Dalam gambar aku ingat macam warm orange tapi tak ye. Dia pink coral very cute color. Highlighter pulak fuhh. Nampak dalam palette macam white frosting gitu kan. Tapi dia dah blend dekat kulit dia akan nampak macam yellow-gold dust gitu lah.*nak explain sangat pun tak reti 😂* 
Dia macam dari angle lain nampak putih dan dari angle lain nampak yellow-gold pulak. Haaa gitu ~ 

Pastu palette ni best dan sesuai kalau nak travel. Tak payah bawak banyak sangat brang makeup ni je dah cukup. Bukan setakat blusher, bronze dan highlight pipi je okay. Boleh jadikan eyeshadow jugak. Jimat space dalam bag tak payah barang asing-asing. Kalau eyeshadow aku suka letak bronzer tu sikit pastu letak highlight sikit atas dia. Nice gilaaaa ~ Very natural look gitu.

Pastu apa yang aku suka pasal brand Focallure ni, dia punya pallete ni tak berdebu. Tapi dia bukan creamy tau. Cuma kurang berdebu macam pallete murah yang lain tu. Berbaloi sangat kalau beli. ✌

Okay so lepas ni kalau ada duit lebih aku nak beli eyeshadow pallete dia pulak. Tak pun mascara eh tak pun glitter liner. Hah banyak okay nak beli. Hahahaha tapi kena simpan duit dulu. Sebab benda tak berapa nak penting ni kena fikir banyak kali dulu sebelum beli. Hiks~

Recommended or Not?
Yes sebab 3in1.

Would you repurchase this? 
Nope sebab taktau bila nak habis pakai ni. Hahaha

How many stars would you give?
 4.5 out of 5 stars. 🌟🌟🌟🌟🌠


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. Thank you. 💟

Sekian.
Assalamualaikum.
(1:30 petang)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

No comments:

Post a Comment

Your comments will be highly appreciated ^^

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !