4 March 2019

Skincare Review #28 : Safi Balqis Moisturising Day Cream

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hai. Hari nak share review produk brand Safi yang bukan aku punya. Tapi aku pakai jugak sebab nak tahu okay ke tak. Hahaha 

Safi Balqis Moisturising Day Cream
SPF20 PA++IR

Harga: RM9.90

[Description]
Constant exposure to the sun and air conditioning cause skin to become dull, dark and dry. 
SAFI BALQIS OxyWhite Moisturising Day Cream SPF20PA++IR:

☀ Ensures skin is 2 times fairer
☀ Protects skin from UVA and UVB rays with SPF20PA++
☀ Prevents skin from becoming darker from Infrared (IR) radiation with IR Shield
☀ Protects skin 100% from free radicals
☀ Brightens skin faster and more intensively
☀ Smoothens skin
☀ Evens out skin tone

[Ingredients]



Seperti yang aku pernah bagitahu dalam entri pasal produk Safi, aku memang suka brand ni sebab dah pakai sejak form 1 lagi. Lelagi dia punya beauty cream haih my ultimate favourite. 💓
Moisturising Day Cream ni bukan aku punya tapi adik aku punya. Aku cuma try dan review. Okay.

Brand Safi memang affordable gila dan semua produk aku rasa sangat berbaloi kalau nak cuba. Produk yang aku nak review harini harga dia atas tu. Murah je tak sampai RM10 pun. Dia day cream tau so kena pakai waktu pagi je. Nak pakai malam pun takde masalah sebenarnya sebabnya dia macam moisturiser jugak. Tang packaging semua aku taknak komen pape sebab semua orang tahu packaging macam mana kan. Kalau masuk drugstore tu boleh je nampak kan. 

Aku dah try banyak kali jugak day cream ni. Aku suka jugak lah sebab salah satu dia ialah dia buat muka aku glow lepas dah apply cream ni. Tapi aku bagitahu awal-awal cream ni dia ada whitecast bermaksud dia buat kulit kita cerah sikit dari warna asal. Sebab dia ada perlindung UVA dan UVB tu. Macam sunscreen tu hah. ☀

Texture dia macam sunscreen jugak tau cumanya agak pekat sikit. Bila sapu dekat kulit dia macam tone up kan warna kulit sikit so kulit nampak cerah dan glowing. Aku suka gila day cream ni tapi sayangnya kulit aku macam tak suka sangat dengan cream ni. Sebab masa memula pakai kulit okay tapi bila dah 3-4 kali pakai kulit aku macam naik tiny bumps. Tapi aku tetap suka dengan cream. So, aku still pakai jugak lepas tu tapi disebabnya tiny bumps macam makin banyak lepastu kulit muka aku macam jadi dull terus aku stop pakai. Tapi aku still suka cream cumanya kulit aku tak boleh tolerate dengan bahan yang ada dalam day cream ni.

Lepas naik tiny bumps semua tu, aku stop pakai dan pakai skincare products yang aku dah biasa pakai je. Dalam 3-4 hari macam tu kulit aku dah nampak perubahan sikit. Dah makin okay. Kalau aku tak sesuai tak semestinya korang pun tak sesuai. Try dulu okay. Hah lupa nak cakap walaupun day cream ni dah ada SPF20, korang still kena pakai sunscreen okay. Sebab apa-apa cream,foundation, powder yang dah ada SPF tak dapat nak cover kulit korang secukupnya. So, jangan lupa pakai sunscreen yang betul-betul tu eh.

Semoga kita semua terus rajin pakai sunscreen setiap hari tanpa gagal. Aminnn ~
Sebab aku kekadang malas nak apply sunscreen lelagi bila tak keluar mana-mana. Hikhik *jangan kecam saya*


Recommended or Not?
Yes! Sebab kulit jadi moisturized dan  glowing cantik. (Tapi aku tak sesuai huhuhu 😭)

Would you repurchase this? 
Nope! 

How many stars would you give?
2 out of 5 stars. 🌟🌟


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. What works for me might not work for you and vice-versa. Thank you. 💟


Sekian.
Assalamualaikum.
(8:45 malam)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

2 comments:

  1. Yes. I pakai cream ni pon naik tiny bumps kat pipi. Sumpah takut gila n x nk pakai lagi. Glowing tu sumpah x tipu. Bukan setakat tiny bumps, ada jugak tumbuh jerawat kat tempat x pernah tumbuk like 7 tempat gitu. Sumpah menyesal n bertaubat x nk guna lagi sbb x sesuai kot ngan kulit aq. T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. I suka gila cream ni tapi sayangnya tak sesuai dengan kulit. Huhu

      Betul lah nak cari product yang sesuai dengan kulit bukan senang.

      Delete

Your comments will be highly appreciated ^^

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !