12 July 2018

Bodycare Review #5 : Sumber Ayu Body Scrub

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Nak review produk kelima dalam bodycare review. Hihi

First time aku beli body scrub brand ni. Selalu beli brand Watsons/Guardian yang dalam botol je. Yang ni aku beli online dekat Shopee sebab nak cukup harga untuk dapatkan free postage. Hahaha. Sanggup okay!

Pastu dah masuk umur 21 tahun ni dah kena start menjaga badan gitu. Susahkan jadi perempuan ni muka badan semua kena jaga 😂
Sumber Ayu White Body Scrub

Harga: RM4+
Beli sebab harga dia murah sangat tak sampai RM5 pun. Pastu macam menarik hihi

[Description]
Rasakan 5 Manfaat Bahan Alami Dalam 1 Produk
♡ Dengan formula baru untuk kulit wangi yang lebih tahan lama
♡ Mengangkat kotoran dan sel kulit mati dengan lebih baik
♡ Skrub yang lembut dengan whitening complex dan ekstrak susu untuk membenatu mencerahkan dan melembutkan kulit
♡ Dengan antioksidan untuk membantu melindungi kulit
♡ Menjadikan kulit lebih halus

How to use:
Rub gentle all over your body, feel the 5 benefits sensation in 15 minutes. Rinse with water, can be as body soap replacement.

Aku pakai dah nak habis dah skrub ni. Kalau rajin pakai 2 kali seminggu, kalau malas 2 minggu sekali je. Hahaha! Taktau kenapa tapi aku suka skrub ni.

Pros:
♥ Very affordable 
♥ I love the scent (bau susu yang wangi)
♥ I love the beads because it did not feels harsh on my skin
♥ Skin feels very soft and smooth afterward

Cons:
♦ The packaging is not hygienic 
♦ Tend to take a lot of product (sebab sikit macam tak cukup 😂)

Lepas pakai skrub ni aku suka bau dia dekat badan. Bau fresh je pastu kulit pun rasa lembut gitu. Tang whitening effect tu aku tak nampak lagi sebab baru pakai satu bekas kot. Mungkin kena pakai selalu lah kan. Dia punya texture tu okay lah sebab beads dia tak kasar sangat. Just nice untuk scrub badan.

Cuma tang packaging je yang aku tak suka sangat. Sebab kena guna tangan nak ambil skrub ni. Kekadang tangan basah pastu terkaut pulak tu haa dah ada air dalam skrub. Terpaksa buang air tu dengan terbalikkan bekas. Tapi kena hati-hati sangat sebab nanti isi dia pulak yang terkeluar kan. Haa itu je yang tak bestnya.

Body scrub ni ada beberapa jenis jugak. Yang aku punya macam original lah. Ada yang floral dengan apa lagi entah. Tapi function dia lebih kurang sama je. So, korang boleh try okay 😙


Recommended or Not?
Yes!

Would you repurchase this?
Taktau lagi. Hee~

How many stars would you give?
3.5 out of 5 stars. 🌟🌟🌟🌠


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. What works for me might not work for you and vice-versa. I bought with my own money. Thank you. 💟


Sekian.
Assalamualaikum.
(1:25 tghari)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

15 comments:

  1. Nak tanya dia ada expired tak awak , sebab sy pakai jugak payah betul nk cari expired nye jat mana ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak saya tak ingat pulak pasal expired date. Tapi rasanya ada je MFG date. Produk macam ni rasanya tahan setahun dari tarikh MFG. Awak boleh try check balik okay :)

      Delete
  2. Baru cuba warna pink, memang ada tarikh buat sahaja. Badan rasa macam berangin macam tu lepas lulur,boleh review lagi tak tentang produk sumber ayu ni.Adakah bahan-bahannya selamat digunakan. Sebelum ni guna mustika ratu, tak pernah rasa macam guna sumber ayu ni. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Betul tu ada tarikh buat je. Sebab tu bila dah buka dekat cepat cepat habis kan dalam tempoh 6 bulan macam tu.

      InshaAllah nanti saya beli produk Sumber Ayu yang lain pulak ye. Nanti saya share.

      Thanks! :)

      Delete
  3. Dia nak pakai mcm mana awk?scrub sampai wrna putih Tu hilang ke atau scrub mcm biasa je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Senang je. Awak basahkan badan dulu dalam 5 minit gitu. Kalau ada bathtub lagi cun. Rendam badam pastu dah boleh scrub. Ambil scrub tu secukupnya dan sental dekat badan slowly dalam circle motion. Utamakan dekat pelipat.

      Biar dalam 5 minit macam tu dah boleh bilas. Lepastu kalau awak nak guna body wash pun boleh. Tapi kalau taknak pun takpe sebab scrub ni dia dah wangi.

      Hope this helps! :)

      Delete
  4. Hai nak tanya...mmg tekstur dia macam ada biji ii kecil ke ? Or yang saya punya expired 🙁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.
      Iya dia memang ada biji kecil kecil sebab tu dia scrub. Kalau takde biji biji bukan scrub namanya gitu.

      Takpun cuba tengok dekat packaging ada expired date tak. Kalau takde cari MFG date. MFG kena dalam setahun gitu je. Contoh: sekarang 2022, MFG date dekat packaging awak tahun 2018 so NO NO! Kalau dia tahun 2021 so boleh okay lagi.

      Hope this helps! :)

      Delete
  5. Boleh pakai dekat muka tak awak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hm tak digalakkan tau. Sebab ini untuk badan. Produk muka boleh untuk badan. Tapi produk badan tak semua elok untuk muka.

      Delete
  6. Boleh guna utk muka tak scrub ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak digalakkan awak. Produk badan untuk badan, produk muka untuk muka okie.

      Delete
  7. nak kena pakai berapa kali seminggu?

    ReplyDelete
  8. Hi dear

    Thanks for the honest review. Gonna try it soon. Hope it works on me >.<

    ReplyDelete
  9. Enjoyed reading the article above, the article is very interesting and informative. Thank you and good luck with the upcoming articles.
    pinjaman peribadi mudah lulus
    personal loan for self employed
    startup business loan malaysia
    personal loan for high commitment

    ReplyDelete

Your comments will be highly appreciated ^^

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !