25 June 2018

My Humble Blusher Collection 2018

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Tengah susun semua barang makeup lepas balik dari kampung tadi. Pastu tetiba terfikir pulak nak buat Blusher Collection walaupun takde lah banyak mana blusher. Saja nak buat entri. Sekali macam short review gitu. 

Blusher:
πŸ’™ Odbo Pwder Blush Code 10πŸ’™
πŸ’™ Sivanna Colors Mat Fleur Cheeks Code 05πŸ’™
πŸ’™ Bioaqua Air Cushion Blusher Code 03 [click here for review] πŸ’™

Blusher aku tak banyak pun sebab jarang pakai kekadang pakai makeup tapi blusher meh tak pakai pun. Aha! Tapi bila pakai tu hah ambik merah sepipi. Aku dah lama tak beli blusher. Last beli pun tahun lepas kot. Lama dah hahaha. Beli pun jenama yang murah ni je Odbo, Sivanna dan Bioaqua. 

Odbo dengan Sivanna aku suka sebab makeup dia memang jenis sesuai untuk beginner. Dah lah murah pastu color pulak pigmented. Bila sapu dekat pipi dia senang blend. Best! Aku suggest dua jenama ni untuk yang baru nak start makeup tapi susah sikit lah nak cari. Tapi murah! Kalau blusher dekat drugstore tu best jugak tapi mahal sikit lah. Tapi okay je. Hihi. Brand Essence dengan Palladio punya best! Aku dah try dua tu tapi tak beli lagi. Next time lah eh. Ready to πŸ’ΈπŸ’Έ

Siapa yang baca post makeup aku masa practical tahu lah yang aku selalu pakai blusher guna yang lipbalm merah tu je. Best sebab senang blend and nampak glowing je pipi. Tapi aku tak letak sekali dalam ni sebab ni collection blusher sahaja. 

Antara 3 blushers atas ni aku paling suka Odbo. Sebab dia matte, pastu warna dia sesuai dengan aku. Senang masa nak blend dekat muka. Warna dia tak over sangat. Just nice gitu. Macam pink coral lebih kurang. 

Yang jenama Sivanna Colors ni pulak. Aku beli sebab cantik je blusher dia bentuk bunga. Hihi. Dia ada 3 warna dekat situ. Pink, pale pink, white. Pastu dia ada gold shimmer. Bila pakai tu nampak lah shimmer dia. Tapi kalau dari jauh tak nampak sangat tapi nampak glow. Kekadang aku ambik warna putih tu jadikan dia highlight. Tapi aku tak suka sangat dengan blusher ni sebab shimmer dia. Aku rasa muka aku tak sesuai dengan blusher yang ada shimmer. Ni dah hit the pan pun sebab kekadang guna untuk eyeshadow. Pakai untuk blusher jarang sangat. Untuk jadikan highlight okay. πŸ‘Œ

Yang Bioaqua tu aku taknak cakap apa. Korang boleh baca dekat entri lain. Klik dekat nama blusher atas tu okay. AKu dah buat review untuk blusher ni tau. Sila baca.


Atas ni swatches dia. Hah nampak tak sebab apa aku suka yang jenama Odbo tu. Sebab Odbo punya bila tangkap gambar dekat mana-mana lighting pun still nampak cantik je. Tapi kalau yang Sivanna Color tu lighting biasa nampak okay lah. Ada lah nampak warna blusher nya. Tapi bila ada flash dia jadi macam pakai bedak yang ada shimmer je. Kena pakai banyak yang warna pink baru okay sikit. Yang Bioaqua tu tak payah cakap apa lah. Dengan lighting biasa ke flash ke dua-dua memang tak cantik dimataku. Nasib baik murah je. So, takde nak complain banyak sangat. πŸ˜‚πŸ˜œ

Okay. Tu je kot nak kongsi. Aha! Takde apa sangat pun. Takde brand mahal atau drugstore punya. Nanti kalau dah bertambah aku buat balik entri macam ni okay. Next collection will be lipstick. Hihi. So, stay tuned! πŸ’—

Sekian.
Assalamualaikum.
(3:20 petang)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

No comments:

Post a Comment

Your comments will be highly appreciated ^^

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !