10 August 2016

Jenjalan @ Kuala Terengganu

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt 

Hai. Nak share story pergi Kuala Terengganu bulan 2 haritu. Okay. Ini memang cerita basi. Hahahha. Mohon bertahan ! :)

Kitorang pergi Terengganu sebenarnya nak pergi kenduri kahwin abang sepupu. Tapi ni belah perempuan punya. Dia buat dekat Stadium tertutup Kuala Terengganu kalau tak silap. Dah lama punya story kan. Banyak benda dah lupa. Hahahaha. Yang aku ingat depan dengan hospital dan Pantai Batu Burok :)

Oh ya. Lupa nak cerita kitorang dari rumah pukul 3 pagi tak silap. Haa gigih tau nak gi kenduri kat Terangganu ni. Sampai sana dalam pukul 12 tengah hari jugak lah campur dengan sesat semua. Masuk dewan sekali dengan rombongan pengantin.

Kat situ dapat lah kitorang makan makanan tradisi Terengganu. Laksam, Nasi dagang, dessert yang ada ubi kuah putih dan banyak lagi weh. Sampai tak tau nak makan yang mana satu. Hahhaaha. Kambing bakar pun ada. Cendol pun ada. Hah semua ada lah. Boleh jugak masuk tekak jawa mat saleh aku. Hahahha.

 Family.
Tema patutnya warna biru tapi kitorang just like "do we care ?" hahahha kemain. Papepun makanan dia memang sedap. Haaaa taktau nak cakap apa lagi. Pastu lepas makan-makan dan tangkap gambar semua terus gi cari homestay terdekat. Homestay yang kami duduk tu dekat dengan Pantai Batu Burok. Jalan dalam 20-25 langkah je dah sampai pantai. 

 Hah ni dia pintu masuk homestay. Dah namanya homestay mestilah macam kampung. Semalam dalam RM200 kalau tak silap. Ada tiga bilik. Setiap bilik ada aircond. Ada peti ais. 2 bilik air. Dekat dengan kedai makan. Memang senang lah duduk sini. Semua ada. Hah satu je yang tak ada iaitu iron. Benda paling penting tu. Nasib baik aku ada bawah tudung sarung hitam yang sekolah punya tu. Hah senang sikit.

Masuk homestay je. Terus rehat-rehat, baring, solat semua. Pastu petang sikit pergi pantai. ya Allah masa tu pantai sangat lah berangin i tell you. Angin yang sangat kuat. Tapi best sebab sejuk. Hehehehe
 Ini budak tak sabar nak berenang tapi tak boleh sebab cuaca tak mengizinkan. Masa tu tak ramai orang sangat kat pantai. Oh ya kalau kat sana boleh jugak round keliling pantai dengan kereta kuda. Tapi kitorang tak naik pun. Sebab takde rasa nak naik masa tu. Hahahha

 Dah takleh mandi manada, main pasir pulak dorang ni. 
(seriously i don't know what to write anymore)

 Hah ambek muka ditiup angin bayu ecewah
Angin dia tu bawah sekali dengan air laut sebab bila jenjalan kat kawasan tu je muka macam ada air sikit. Aku taktau macam mana nak terangkan. Hahaha. Pastu kalau jilat bibir mesti rasa masin. Hahahahhahahaha. LOL
Itu menerangan terbaik yang aku boleh bagi. :p

Dah penat jenjalan dekat pantai. Malam tu lepas maghrib kitorang keluar makan dengan keluarga abang sepupu dekat D'Ganu Cafe, Pulau Duyong. ya tohan packed sangat tempat tu maybe sebab hari sabtu kan. Yang tak best nya kat situ ialah steamboat dia jenis yang berportion. Bukan buffet. So bagi aku tak best lah. Dah tu sos dia bagi sikitnya ya tohan. Eh tapi tak boleh nak complain bebanyak sebab orang belanja. Hahahaha. Balik tu singgah homestay abang sepupu pulak. Dah tu balik homestay kitorang. Itu je kisah sehari di Kuala Terangganu.

Muka tak mandi. Nak cari breakfast. Hahahahha
Esoknya pulak pagi-pagi dah gi pantai nak ambik angin pantai katanya. Pastu beli breakfast dekat kedai yang aku kata dekat dengan pantai tu. Pastu balik mandi, Haaa tadi keluar tak mandi lagii. hahahah kantoi sudah ! Lepas mandi semua kemaskan beg bawak masuk kereta. Pastu gerak pergi Pasar Payang. Shopping habis ibu aku. Sampai kereta ya tohan pack nak mampuih weh. Nak letak kaki pun tak boleh. Kena bersila atas kerusi kereta tu. Hahahaha ~

Okay guys. Itu lah cerita first time aku dan keluarga pergi Kuala Terengganu. Sebenarnya aku nak letak video dekat pantai tapi malas pulak nak upload bagai. Yang follow aku dekat insta boleh lah tengok. Yang tak follow tu hah pandai-pandai lah bawak diri ke insta ye.

K. Nanti kalau aku pergi makan angin kat mana-mana. Aku share lagi eh. Tapi macam biasa lah mesti cerita dah basi baru nak share. kihkihkih

Sekian.
Assalamualaikum.
(3:29 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

No comments:

Post a Comment

Your comments will be highly appreciated ^^

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !