Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
Hai. Kembali lagi kita. Hahahahaha.
Makin matang ni, makin banyak cerita pasal review produk je kan. Cerita pasal peribadi dah kurang. Sebenarnya bukan apa, aku dah taktau nak cerita apa pasal peribadi. Kalau dulu lain lah, tiap benda jadi mesti nak cerita dalam blog jugak. Sekarang banyak benda jadi tapi tak tau cemana nak start. Hahahaha
Eh ~
K. Dah terbabas dari tajuk asal. Disebabkan dah cuti sem ni. Aku plan nak mengarang balik lah. Sebab sedih sangat aku tengok box karya lama (dekat right box) setiap bulan 1 entri je yang aku post. Dah cuti ni hah jangan kau menyampah pulak tiap hari ada je entri baru yang keluar. Hahahaha
Ok sambung balik.
Ada yang bertanya aku beli makeup brush dekat mana. Actually, kabuki brush ni dah banyak orang jual. Kat ig tu berlambak sangat. Cuma korang je yang kena pandai cari yang murah. Harini tu aku nampak kat ig dorang jual dengan harga RM20 exc postage. Murah sangat tu ya tohan. Nak je aku beli. Hahahha. *tahan nafsuuu*
Aku beli dekat Courasell dengan harga RM30 inc postage kalau tak silap. Tapi aku punya ada 8 brushes saje. Kira murah jugak lah. Hah aku beli dengan pihoo.brush. Yang ada courasell tu haa boleh lah beli dengan beliau. Sangat friendly orangnya. Kau tanya lah ape saje soalan memang dia kan jawab. Hah yang tanya bulu apa tu. Meh sini iols bagitau ye.
Brush ni dibuat dengan synthetic hairs which means manmade bristles, usually from nylon or other synthetic fibers. Unlike natural brushes, synthetic makeup brushes don't have a cuticle, which makes them great to use with liquid or cream products, such as foundation and concealer, because they won't trap makeup. Hah kan dah panjang berjela aku bagi. Hahahahha. No worries ya. Sebelum beli apa-apa brush as a good muslim, kena tanya dulu okayy ?
Yang bestnya pasal brush ni adalah dia sangat lah lembut pada kulit muka. Yang kulit sensitif pun boleh guna insyaAllah. Senang nak urus. Yang paling penting senang nak basuh. Sebab sesetengah brush bila basuh je mesti bulu dia satu-satu tanggal. Kalau dah 10 kali basuh tak ke tanggal semua ? Haaaaa. Aku bukan mengarang entri secara membabi buta tau (ayat fav lecturer aku). Aku dah guna few times before this.
Warna brush ni pun cantik black and gold. Nampak elegent gituuu. Hahahaha. Oh lupa brush ni ada 8. 4 yang besar dan 4 yang kecil. Yang besar boleh guna untuk foundation, concealer, powder, blusher dan sebagainya. Yang kecil pulak, setelah ber-experiment aku dapati (amboi ayat!) bahawa brush yang kecil ni boleh guna untuk eyeshadow dengan concealer je. Oh maybe contouring too ! Heee
Apa pun, kabuki brush sangat lah sesuai untuk sesiapa yang baru nak belajar make up macam aku ni. Tak perlu beli yang mahal-mahal. Function dia sama jugak. Betul tak ? Hahaha
Hah lagi satu. Dah ada brush ni mesti lah kena ada makeup organizer. Kalau tak, nak letak kat mana pulak benda alah semua tu kannn. Okayy. Aku beli 2 organizer kat atas tu dekat Daiso saje. Murah dan cantik. Lelagi yang warna pink tu ya tohan kalau boleh nak je aku ambik semua. Tapi fikir bajet, fikir nafsu hmmm tak jadi lah. Beli yang penting dulu. Satu bekas tu RM5.30 sahaja !! Haaah. Kalau beli dekat ig orang jual make up organizer tu mahal kan. Ada yang jual sampai RM40-RM50. Daiso jugak yang murah. Hehehehe. Kalau nak lagi jimat, ambik je mana-mana gelas jernih yang dah tak guna buat letak brush. Lagi jimat. Tapi aku tak buat sebab ibu aku sayang sangat dengan gelas dia. Hahahahahah. Mampuih aku kalau ibu baca ni. Hahaha. Ampun beribu ampun. Sembah patik harap diampun. :p
Sekian.
Assalamualaikum.
(12:03 malam)
No comments:
Post a Comment
Your comments will be highly appreciated ^^