Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
Sapa ada masalah bau badan kat sini. Put down your legs! [my beloved lecturer's fav quote] hahaha
Okay semua takde kan ? ke ada ? Hahahahahahahaha
Sokay jangan memalu, produk yang aku nak review kali ni takde kena mengena dengan sesapa pun ok. Tolong jangan terasa mahupun sentap. Hahahahaha
TOTAL IMAGE SMELLY-NO-MORE
Aku beli ni dekat watson dengan harga
RM17.90
[untuk 60 gram]
Ada jugak yang besar tapi harga dia pun double dari yang kecik ni la.
Yang kecik tahan 3 bulan dan besar pulak tahan dalam 6 bulan gituuu
Sebab utama aku beli ini ialah housemate aku yang jugak merupakan senior aku dan jugak
merangkap kakak angkat aku ecececececeh hahahah. Tak lah. Dia promote produk ni dekat semua orang.
Dia pakai produk ni dah lama. Pastu dia bagitau yang dia pakai produk ni je. Kalau ada
kelas dari pagi sampai petang pun okay je. Takde bau pun. Cuma peluh tu ada lah.
TAPI yang penting badan TAKDE BAU okayyy ?! Aku pun macam WOW!!! [terpesona kauuu]
Dan katanya produk ni tahan berbulan jugak lamanya.
So, dalam masa yang sama boleh lah jimat duit. Takde lah asyik beli nak deodorant je kann.
Kalau korang tengok dari gambar ni korang mesti pelik kan
Okayyy. Meh sini iols yang berkemungkinan akan menjadi beauty blogger dalam masa akan datang terangkan sikit kepada uolss yang taktau pasal produk ini. Hiks
Produk ni sebenarnya dia natural je which means takde langsung bahan kimia berbahaya macam dalam deodorant lain yang boleh kuningkan baju putih,
NO! NO! NO!
Produk ni tak macam tu tau. [mohon penulis jangan gedik sangat!]
Produk ni sebenarnya garam je. Ya Natural mineral salt SAHAJA!
Takde bahan bahan terlarang yang lain.
Unique Features of Smelly No More
- Natural
- Does not darken skin
- Non sticky & non oily
- Alcohol & Fragrance Free
- Does not stain clothing
- 300% more effective than commercial deodorant
- Hypo-allergenic
[Sambung gambar bawah pulak]
Deodorant ni jugak takde bau tau korang. Langsung takde.
Bila nak pakai cuma basahkan dengan air sikit pastu terus sapu kat armpits korang
tempat lain pun boleh jugak. Contoh; leher, kaki dan sebagainya.
Dan yang aku perasan bila dah sapu semua tu armpits tak melekit pun.
Kering je. Dan lepas tu senang kalau korang letak terus dalam bilik air.
Lepas mandi je terus pakai deodorant ni. Aku pun letak dalam bilik air jugak sebab senang !
Tiap kali lepas mandi mesti pakai. Tak kira lah nak mandi pagi nak gi kelas ke mandi malam nak tido ke mesti pakai sebab best.
Sebelum ni aku pakai jenama Rexona yang spray tu sebab aku jenis tak suka deodorant yang melekit.
Tapi yang spray tu bau dia tak tahan lama. Kelas pagi okay lagi, kalau sampai petang memang tak lah. Kena pakai untuk kali kedua. Mana tak cepat habisnya kalau macam tu kan ??!
Buat masa sekarang ni aku dah pakai dalam 2 bulan lebih dan banyak gak lah perbezaan antara deodorant ni dengan deodorant lain.
Okay baca bawah ni kalau nak tau apa yang best dan tak bestnya pasal produk ni :)
Best :
- Tak melekit lepas pakai
- Takde bau badan walaupun kelas pagi petang
- Deodorant tahan sampai sekarang (dah 2 bulan lebih pakai)
- Tak hitamkan armpits
- Tak tinggalkan kesan kuning dekat baju
Tak best:
- Kena sentiasa berhati-hati sebab kalau jatuh habis berderai
- Boleh tahan mahal gak lah harganya [untuk student macam aku]
Hah lagi banyak best daripada tak best kan ? Hihihi
Untuk student bagi aku lah kan benda ni lah yang kita perlukan sebenarnya. Sebab time active ni lah kadang-kadang kita tak sedar yang kita ada bau badan. Lagi-lagi tengah musim panas sekarang ni. Baru turun tangga rumah dah berpeluh. Dah sampai kelas lagi lah berpeluh. Dah macam berlari satu kampus je gayanya. Hahahahahaha. Nak make up lagi tak boleh nanti cair make up. [takde kena mengena pun] Sesiapa yang active bersukan atau yang kerja asyik kehulur hilir tu hah beli lah produk ni dan korang akan rasai perubahannya gituuuuu. [macam tukang promote je]
P/s: Every products that reviewed by me in this blog are not sponsored. I bought with my own money. 💟
Sekian.
Assalamualaikum,
(7:33 petang)
No comments:
Post a Comment
Your comments will be highly appreciated ^^