Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
Assalamualaikum wbt
Ehem. Rasa malu pulak nak cerita. Hikhik
Sepanjang 16 tahun 4 bulan 22 hari aku bernafas di muka bumi milik Allah ini. Baru kali ini aku di serang 'ankle sprain'. Hahaha. Rasa lawak pulak. Dalam bahasa melayunya 'terseliuh buku lali'. Dah nama pun first time kan, masa kena je dalam hati terus cakap :
"Patah ke ? Ehhh. Patah ? Janganlah patah."
"Sakittttt. Ya Allah, ajal aku dah nak sampai ke ?" -ingat mati adalah sunat
"Nanti mesti kena simen, jalan pakai tongkat..argh "
Haha. Serius. Macam-macam keluar. Nak dijadikan cerita, aku kena ni hari Jumaat. Pukul 10 main laptop pastu rasa mengantuk so tidur lah kejap. Dalam pukul 11 lebih nak dekat pkul 12 aku terjaga, nak letak laptop atas meja. Masa dah letak tu, nak ke katil pulak. Tuptup tersalah langkah dan dushhh aku dah terduduk kat lantai. Masa tu tengah lalok sikit baru terjaga lah katakan. Tak sedar apa lagi, bila dah rasa sakit dekat buku lali tu baru tersedar. Ingatkan mimpi. Rupanya betul-betul.
Dahtu cepat-cepatlah aku sapu losyen Anugerah sambil berselawat tapi masih sakit lagi. Ayah pulak tidur dekat depan tv. So, ada chance lah nak suruh urut kaki. Hehe. 2 kali ayah urutkan. Hihi. Mekasih Ayah !
Paginya ibu pulak urutkan dengan sapu minyak halia. Masa tengah urut-urut tu terkeluar pulak perkataan "Patah ke?". Pastu ayah marah sebab aku kata PATAH. Takut lettew anak dia jalan pakai tongkat. hehe. Ailebiu lah Ayah. Dahlah ada kenduri kena pergi. Open house lagi. Haihhhh. Ku gigihkan diri ini untuk melangkah jua. Ececeeeehh.
Malamnya ibu urut lagi dengan krim untuk sakit otot pulak. Mekasih ibu. Ailebiu ibu jugakkk.
Aku kena kaki kanan. Jadi, begitulah keadaan kakiku sekarang. Kembang sebelah. Patutlah kasut tak muat sebelah. Jalan pun tak betul lagi.
Walaupun tak belajar lagi pasal tulang otot semua ni. Aku cuba hadap jugak pasal ni. Mana tau kena lagi lepasni. Hahaha. Boleh buat topik Kali Kedua pulak.
Ini pula cara merawat buku lali yang terseliuh. Sapa-sapa yang terseliuh tu cuba lah ye. Aku takpe, suruh orang urut jee. Hihi
Tak boleh luruskan kaki. huwaaaaa.... |
Akhir kata,
Semoga Allah melindungi kita semua daripada musibah dan penyakit.
InshaAllah
Sekian.
Assalamualaikum.
(9:45 pagi)