16 August 2013

Haircare Review #1 : Minsyam Olive Lotion

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt 

Hai hai hai. Hari ni nak kongsi sikit pasal OLIVE LOTION dari Minsyam. 

"Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati."
(HR Al-Baihaqi dan Ibnu Majah)

Model tak berbayar. Hehe

Untuk pengetahuan korang atau for your information,  FYI gituuu... Aku masalah kulit kering (kekadang berminyak) dan rambut gugur. Dah macam-macam produk aku guna. Yang moden yang tradisional tapi semua tak boleh pakai. Du-uh. Tapi produk Minsyam ni sangat-sangat best. Walaupun baru pakai beberapa hari tapi dah nampak perubahan. Alhamdulillah.

OLIVE LOTION adalah gabungan di antara minyak zaitun asli dan juga ekstrak wangian semulajadi. Minyak zaitun sememangnya kaya dengan vitamin E yang mampu memberikan kelembapan dan kesan baik pada kulit dan rambut. Lavender Rosmery versi wangian yang dirumus khas untuk memberikan anda kesegaran setelah anda menggunakannya. - Minsyam.com

1 botol (100 ml) = RM20 

Cair dan cepat menyerap pada kulit.

Cara aku gunakan Olive Lotion. 

(untuk kulit kering)

- Bangun pagi sebelum cuci muka, sapu Olive Lotion kat muka. Pastu urut muka sikit bagi penyerapan yang sempurna gituuu. Jangan cuci muka dengan pencuci muka ok. Biarkan dulu. Kalau nak solat, basuh gitu-gitu je dan boleh berwuduk macam biasa. 

- Sebelum tidur pun boleh jugak. Tapi kena bersihkan muka sepenuhnya dulu. Pastu baru sapukan Olive Lotion dan tidur lah dengan penuh sopan santun dan tertib. (Kalau tak tertib nanti lotion tu kena bantal.)

(untuk rambut gugur)

- Lepas cuci rambut dengan syampu. Keringkan sikit rambut tu. Jangan guna hair dryer nanti rambut kusut. Kita tak mau. Pastu sapukan Olive Lotion kat rambut. Urut-urut kepala sikit bagi dia serap kat akar rambut. Baru lah rambut jadi kuat dan tak gugur lagi. 

SELAMAT MENCUBA ~

Sekian.
Assalamualaikum.
(3:06 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !