20 July 2013

Mask Review #1 : Bedak Tanaka

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt 

Sekarang ni kan ramai orang duk sibuk cakap pasal Bedak Tanaka. Femes ok. Nak beli online mahal. Rasa macam tak berbaloi pulak. Tak tau macam mana masa pi pasar malam hari Khamis lepas (lepas hantar abang masuk FIM) ternampak ada orang jual bedak Tanaka ni. Bukan bedak je dia jual, ada sabun beras, pelbagai jenis mask, minyak wangi, rumpai laut dan barangan dari Korea. Rambang mata weh. Haihh. Nasib baik dapat kawal nafsu. Hihi

Kalau beli online harga dia Rm20++ jugak lah. Tapi aku dapat Rm18 je untuk 40g. Kira ok lah tu. 

- mengecut dan menghapuskan jerawat  
- menanggalkan sel2 mati, melembut serta menghaluskan kulit- memudarkan parut serta mencerahkan kulit 
- melindungi dari sinar UV matahari (sapuan nipis as a foundation) juga mengurangi tanda2 penuaan awal seperti kedutan halus dan jeragat 
- menyejukkan kulit (akibat cuaca panas/terik/demam) dan mengawal lebihan minyak di kulit wajah 
- mampu menyelesaikan masalah kulit bukan sahaja di muka tapi boleh digunakan satu badan.


CARA GUNA : 
- Untuk jadikan sebagai foundation cuma sapukan bedak tanaka secara nipis dan rata ke seluruh wajah menggunakan jari atau span muka. 
*Tips: Renjiskan sedikit air pada wajah sebelum dicalit bedak agar sapuan licin dan nipis 
- Untuk jadikan sebagai bedak sejuk cuma basahkan jari atau ambil sedikit bedak tanaka, letakkan ke dalam piring. Campurkan ia dengan sedikit air (usah terlalu pekat/cair), kemudian sapu kan ke wajah. Biar kering 30 minit sebelum di scrub/cuci. Boleh juga di pakai sepanjang malam sewaktu tidur sebelum dicuci keesokannya.


***Aku dah pakai 2 kali dan dah nampak kesannya. Jerawat yang baru tumbuh dah kecut. Best ! Tak payah nak picit-picit lagi dah pasni. Hehe.

Sekian.
Assalamualaikum.
(1:17 tengah hari)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !