Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
Sepatutnya nak review produk ni tahun lepas tapi asyik postpone je. Last last terperam lama dekat draft. Tahun ni ingat nak review produk cepat lah sikit tapi sama je. Hahaha. InsyaAllah aku akan rajinkan diri untuk post sebanyak mungkin review tak pun just bebelanku. 😀
Syahirah Hydra Soft Moisturizing Cream
Harga: RM12-15 (masa promotion)
45g
[Description]
SYAHIRAH Korean Secrets range brings you carefully selected ingredients from Jeju Island in Korea. Formulated with the hydrating ingredients from the Tri-Flower Essence - Ginseng, Chamomile & Green Tea flowers, SYAHIRAH Hydra Soft skin care products are developed to provide moisture to your skin, so that you have a hydrated skin! Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Moisturizing Cream helps provide instant moisture for a radiantly refreshed complexion and reduce the appearance of fine lines and wrinkles.
Disebabkan aku try moisturiser ni dah lama. Lepastu aku lupa nak snap gambar texture dia. So aku explain dan korang imagine sendiri lah k. Hahaha. 😂
Moisturiser ni aku beli sebab masa tu ada sale so harga dia murah jugak masa tu. Aku beli ni sebelum PKP tahun lepas. Sebelum tahu ada Covid-19 lagi masatu. Ada tester, aku try dan rasa berkenan dengan texture dia. Sebab itu aku beli.
Pasal packaging aku rasa nice jugak walaupun mesti ramai yang kata tak hygienic lah apa lah. Bekas dia kaca tapi penutup dia plastic. Rasa mahal lah bila pegang tu. Tapi relax okay. Syarikat tu mestilah tahu produk apa yang dia buat. Produk ni pun tahan dalam masa 1-2 bulan je. Belum sempat nak berkulat ke apa mesti dah habis. So jangan risau okay. Kalau takut sangat belilah spatula kecil khas untuk skincare. (Done membebel) 😜
Untuk texture dia pulak, dia sejenis gel cream. Sangat sesuai untuk all skin type. Aku suka texture dia tapi dia punya fragrance tu bagi aku kuat sangat. So, sesiapa yang tak suka produk ada fragrance boleh skip this product okay? Awal awal aku pakai dia macam a bit sticky lah dekat kulit aku. Lepas tu aku try and error lagi dengan moisturiser ni. Apa yang aku jumpa ialah untuk kulit aku (oily skin) sepatutnya pakai sikit dulu. Macam 2-3 calit dekat muka. Lepas dah kering sikit baru top up sikit lagi moisturiser kalau tak cukup. Hah gitu. Bukan pakai banyak terus sebabtu rasa melekit.
Moisturiser ni aku pakai pagi dan malam selama lebih kurang sebulan lebih je. Sebab ada masa aku pakai lebih dan ada masa aku pakai sikit. Bagi aku, moisturiser ni okay-okay je. Part hydration tu pun aku rasa okay-okay je. Dia macam, "I like it but I didn't really like it" gitu. Hahahaha
Recommended or Not?
Not really recommend this but if you wanna try this. Go ahead ✌
Would you repurchase this?
Nope!
How many stars would you give?
2 out of 5 stars. 🌟🌟
P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. What works for me might not work for you and vice-versa. Thank you. 💟
Sekian.
Assalamualaikum.
(3:35 petang)
No comments:
Post a Comment
Your comments will be highly appreciated ^^