30 December 2020

Skincare Review #40 : Safi Acne Solution - Sebum Control Fluid

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Halo, rasa macam dah lama tak post pasal review produk. Haha setiap kali start apa-apa entri mesti kata macam tu kan. Yela post entri pun 2-3 bulan sekali je sekarang ni walaupun hampir setiap hari on laptop tapi nak menaip satu entri Ya Allah malas sangat. Haha 

Disebabkan aku dah dalam final semester. InsyaAllah next semester tinggal nak praktikal je. Semoga Allah permudahkan segala urusanku dan kawan-kawan. Tak sangka dah nak habis degree dah. Walaupun masa awal-awal masuk degree haritu macam menyesal lepas tu 2 semester kot duk asyik kata tak mampu nak bawa subjek dan nak berhenti. Tapi Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk hambanya. Sampai juga lah final semester ni. Alhamdulillah. 👐

Okay dah melalut banyak kat atas tu. Hahaha. Post kalini nak share satu toner yang aku beli tahun ni jugak tak silap. Tak habis pakai lagi tapi ada effect best. Nak tahu apa dia, baca sampai habis okay 😆

Safi Acne Solution - Sebum Control Fluid
100ml
Harga: RM15+

Description 
(sorry malas nak taip so aku copy dari website Guardian)

Fragrance free toner, clinically proven to combat acne, keeping skin clear & blemish free skin. It helps to regain smooth skin texture by preventing new formation of acne and reinforces skin barrier function leaving skin oil-free and more refined.

Rapid Action Technology is infusion formula of AHA, BHA & Neem that prevents new formation of acne leaving skin smooth and blemish free.
AHA – Exfoliates dead skin and promotes skin renewal leaving skin brighter
BHA – Penetrate deep into pores, controls sebum & removes impurities that clogs up pores
Neem – Contains properties that minimize scarring, soothes and leaves skin free from irritant


Ingredients
Water, Betaine, Butylene Glycol, Glycerin, Panthenol, Zinc Lactate, PPG-26 Buteth-26, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Ethylhexylglycerin, o-Cymen-5-ol, Melia Azadirachta (Neem) Leaf Extract, Lactic Acid, Mandelic Acid, Salicylic Acid, Ceramide 3, Dextrin, Polydextrose, Amylopectin, Niacinamide, Phenoxyethanol.


Kalau korang baca dia punya description je dah tahu toner ni mesti best sebab ada banyak ingredient yang bagus pastu tak ada fragrance pulak tu. Lagi lah double cunz! Aku beli pun masa ada sale jadi harga dia tak sampai RM10 kot masa tu. Aku kan memang dah selalu pakai jenama Safi so bila ada produk baru tu rasa excited nak cuba. Tapi kita try toner dulu. 🌼

Masa memula pakai memang betul kata dia, memang tak ada bau langsung. Texture toner pulak liquidy lah macam toner biasa. Aku suka packaging dia sebab simple lepas tu botol transparent memang favourite aku lah. Aku suka packaging yang aku boleh nampak dalam dia tinggal sikit ke atau ada apa-apa benda asing ke kat dalam kita boleh nampak. 

Aku pakai dalam seminggu lebih dan pakai pagi dan malam sebab kandungan acid dalam toner ni aku yakin tak tinggi sebab dia ada dekat bawah bawah kan. Pastu kulit aku kan oily so memang takde masalah lah kalau pakai exfoliating toner ni hari hari sebab tak keringkan kulit. Apa yang aku perasan lepas seminggu pakai ialah kulit aku dah kurang berminyak. Selalu lepas sejam dua pakai skincare mesti kulit nampak berkilat, shine bright like a diamond gitu. Hahaha. Tapi serius lepas pakai ni kurang berminyak lepas tu kulit nampak bersih tak ada naik tiny bumps semua tu. Lepas dari itu, aku terus beli moisturiser dia. Hihi. Tu nanti aku review dekat post lain okay :)

Toner ni khas untuk jerawat jugak so dia boleh bantu rawat jerawat. Apa yang aku nampak bila pakai toner ni dia mempercepatkan jerawat aku kecut. Tapi disebabkan aku gatal pi pakai benzoyl peroxide jugak so jerawat aku berparut merah huhu. Dah susah kena pi add produk lain untuk kurangkan redness pulak. Haih ~

Sekarang toner ni tinggal suku botol je lagi. Aku masih dalam dilema nak repurchase atau cuba toner lain. Hehe sebab sekarang ni kan aku suka mencuba benda baru. Walaupun produk yang sedia ada dah best tapi still nak cuba yang lain jugak. 😜

Recommended or Not?
Yes!👍

Would you repurchase this? 
Hmm mungkin tapi sekarang tak lagi sebab banyak exfoliating toner yang tak habis lagi haha

How many stars would you give?
5 out of 5 stars. 🌟🌟🌟🌟🌟


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. What works for me might not work for you and vice-versa. Thank you. 💟

Sekian.
Assalamualaikum.
(5:33 petang)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

24 comments:

  1. hi sis , mau tnya bah , cara guna ni toner , letak di tangan ka atau guna kapas / tisu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Dua dua boleh. Ikut keselesaan awak. Tapi sebab toner ni dia ada ingredient yang untuk exfoliate lagi sebab guna cotton pad. Dia macam bagi kepuasan gitu. Haha

      Tapi kalau guna cotton pad kena letak banyak sikit dekat cotton so dia tak rasa kesat dekat muka. Kalau rasa sayang nak membazir, guna tangan pun dah okay. Pat pat dry gitu :)

      Delete
  2. hi , i bru nk try pakai toner ni and nk tanya you pakai kapas muka atau just tepek pakai tapak tgn ea ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Untuk toner ni saya suka guna cotton pad sebab lagi puas. Hihi

      Delete
  3. Kalau kulit kering sesuai tak pakai ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Saya rasa okay je sebab kandungan percentage untuk exfoliate kulit tak banyak sangat. quite gentle untuk kulit. Dan ada ingredient yang hydrate kan kulit juga.

      Delete
    2. Aku kemaren sempat over exfoliasi pake safi acne dngn soting gelnya tp alhamdulillah blum parah iritasi nya lngsung ku stop dlu 2hari bru ku pke lagi shooting gelnya buat malam aja itupun sebelum pake moist gelnya aku pake aloevera gel dulu smpe skarang alhmdulillah udah gk ngerasa iritasi n kasar lg

      Delete
    3. Alhamdulillah.

      Mungkin selepas ini kamu boleh kurangkan pakai exfoliating toner. Pakai hanya 1-2 kali per minggu. Perbanyakkan pakai skincare yang punya soothing ingrediate seperti centella atau aloe vera. Snail essence brand COSRX pun bagus! :)

      Delete
  4. kalau try the whole set safi acne solution tu boleh jadi over exfoliate tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Saya rasa okay je since dia memang dah buat set kan mesti okay kalau guna the whole set.

      Kalau takut over exfoliate awak boleh guna set tu malam je. Pagi awak guna skincare lain. Tapi ni depends dekat kulit memasing tau. Kalau kulit awak okay pakai 2 kali sehari then proceed je k. So, takde lah kena beli skincare banyak banyak.

      Hope this helps! :)

      Delete
  5. Sis kalau pakai toner simple campur ngn toner ni boleh ke? Sebb saya tak tahu yang Safi ni toner ,
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Boleh je awak. Memula pakai toner Safi dulu sebab dia akan effect exfoliate lepastu baru pakai Simple ok?

      Hope this helps! :)

      Delete
  6. Sesuai tak utk remaja ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Sesuai je. Sebab sekarang start sekolah menengah je memang kena terus ada skincare routine.

      Awak boleh try okie :)

      Delete
  7. Hi sis saya nk tny kalau dh pakai produk ni saya kena pakai face toner jugak ke? Atau tk perlu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Sorry lambat reply hiks.
      Terpulang sebenarnya. Sebab yang ni dah toner dan dia ada effect moisturising jugak. Tapi kalau awak nak extra sikit boleh add on hydrating toner.

      Sebab dalam skincare = less is more.

      Hope this helps! <3

      Delete
  8. Assalamualaikum kak ... Kalau guna toner exfoliate ngn toner biasa blh tk .. atau cuma guna salah satu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Wasalam.

      Terpulang dekat awak. Kalau nak pakai extra toner pun boleh. Tapi kena make sure 1 exfoliating 1 lagi kena hydrating. Tak boleh pakai yang exfoliating toner banyak banyak nanti boleh irritate kulit.

      So awak boleh add on hydrating toner kalau nak kulit extra hydration okie.

      Hope this helps! :)

      Delete
  9. hi salam sis ..boleh ke kalau sy campur toner safi ni dengan micellar water nivea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi wasalam.

      Campur macam mana tu? Letak dua produk dekat satu cotton pad ke macam mana? Hmm

      Based on apa yang awak kata, saya suggest untuk pakai micellar water dulu pastu cuci muka dengan cleanser. Lepastu baru pakai toner.

      Sebabnya toner dan micellar water tu 2 benda yang berbeza. Jangan campur gitu je tau. Ada step dia. Boleh google okie.

      Delete
  10. Hi assalamualaikum akak...saye ada masalah skin barrier rosak,jerawat,oily skin and dry skin....sesuai tak saye pakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi wasalam.

      Alamak awak. Saya bukan dermatologist tau. Apa yang saya boleh suggest ialah try cari gentle cleanser 5.5 pH, hyaluronic acid toner/serum dan moisturiser yang tak oily. Macam brand Aiken Hydra plus tak pun Hada Labo.

      Sunscreen jangan lupa okie :)

      Delete
  11. Kalau untuk kawasan yg oily bole pakai?sbb area bawah mata and hidung berminyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Ye boleh je sebab ni toner memang untuk satu muka :)

      Delete

Your comments will be highly appreciated ^^

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !