24 October 2019

Skincare Review #37: Hada Labo Arbutin Whitening Lotion (Rich)

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Aku nak habiskan banyak review produk yang tertunggak tau. So, korang kena baca semua review aku. Hahaha. Ada lah dalam 5-6 review lagi. Aku nak habiskan dalam satu hari ni je kalau boleh lah sebab kalau aku tak buat memang sampai masuk sem depan aku tak review lagi. 😂😃

So, sekarang nak review lotion Hada Labo yang aku beli dah lama dan dah habis pakai dah pun. Tinggal nak direview je ni. Ni item yang ke5 Hada Labo yang aku pakai. Selama ni pakai yang trial size je Tapi yang ini aku beli masa 50% discount sale dekat Watsons. Berbaloi gila bila beli sebab murah sangat dan takkan dapat harga semurah ni. 

Hada Labo Arbutin Whitening Lotion (Rich) 

(170ml)

Harga: RM35
Beli masa discount tahun lepas. Harga normal dia dalam RM60+ tak silap. So, sila lah beli masa sale okay. Dapat jimat kaw kaw punya. ✌

[Description]
🌻 Combines 3 types of Hyaluronic Acid with natural skin brightening ingredients for visibly fair, radiant and moisturized skin
🌻 Helps to improve dehydrated skin
🌻 Rich texture, suitable for dry/normal skin
🌻 Skin pH balanced, low irritation
🌻 Free of fragrances, mineral oil, alcohol and colorant

[Ingredients]

Sebelum ni aku pernah try Hydrating Lotion dia je. Light dan Rich dua-dua aku pernah try. Dan lotion dia okay je dengan kulit aku. Takde naik jerawat ke apa semua tu. So, sebabtu aku nak try lotion lain pulak iaitu Arbutin Whitening Lotion dia ni. Alang-alang nak cerahkan parut jerawat dekat kulit ni. Apa yang aku boleh katakan ialah aku suka gila dengan lotion ni. Best gila sebab dia sangat hydrating dan mositurising jugak dalam masa yang sama. Aku pakai 2-3 layers kulit dah rasa moist dan macam tak payah pakai moisturiser. Tapi aku still pakai sikit moisturiser untuk lock hydration daripada lotion ni.

Aku pakai lepas cuci muka dan lepas pakai lotion ni kulit macam toink toink gitu. Esok pagi bangun tidur je kulit rasa lembut je. Lepas tu satu botol ni boleh tahan dalam 2 bulan lebih gitu. Sebab satu layer tu aku guna 3-4 titis je tau. Tapi dah cukup untuk cover satu muka.

Texture dia lagi thick daripada hydrating lotion yang botol putih tu dan dia milky gitu. Tapi langsung tak berat dekat kulit walaupun kulit aku jenis oily dan aku pakai yang Rich tapi kulit okay je. Takde rasa melekit ke apa. Lepas dalam 2 minggu pakai dah boleh rasa kulit makin moist lepastu parut jerawat pun slowly faded. Mungkin dengan bantuan produk lain jugak so boleh nampak perubahan tu. Sekarang ni lotion aku dah habis so aku tengah fikir nak beli ke tak ni sebab kalau takde sale harga agak mahal lah lagi aku yang student ni. Walaupun dia mampu bertahan dalam 2-3 bulan tapi entahlah. Tengah fikir lagi ni. Semoga aku dimurahkan rezeki dan boleh beli lotion ni lagi. Hiks~

Recommended or Not?
Yes.

Would you repurchase this? 
Yes kalau ada 50% off lagi 😜

How many stars would you give?
5 out of 5 stars. 🌟🌟🌟🌟🌟


P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. What works for me might not work for you and vice-versa. Thank you. 💟



Sekian.
Assalamualaikum.
(1:21 tengahari)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

No comments:

Post a Comment

Your comments will be highly appreciated ^^

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !