Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
Marilah kita sambung review yang tertunggak lagi. Harini nak share pasal hair tonic. Sebelum tu nak share dengan korang yang sejak masuk diploma lagi (tahun 2015) aku perasan rambut aku gugur teruk juga kalau dalam bilik tu nampaklah dekat lantai banyak gila rambut. Lepastu aku mula lah buat research produk apa sesuai untuk rambut gugur bla bla dan terjumpa orang share pasal produk ni. Aku pun kumpul lah duit sebab masa study duit mana ada sangat kan. Hahaha 😂
Aku tak berapa ingat bila aku start guna tapi aku jarang lah guna hair tonic ni. Meh baca review bawah ni.
(300ml)
Harga: RM20+
[Description]
- Regenerates the hair from root to tip
- Regenerates the hair
- Revitalizes the Scalp
- Anti-dandruff
- Regenerates the hair
- Revitalizes the Scalp
- Anti-dandruff
Hair Type: thinning and weak hair
[Directions]
Use daily on dry hair or after shampooing into towel-dried hair. Massage approximately 2 minutes onto the scalp. Do not rinse to let the high-quality care agents be effective onto the hair and root.
[Main ingredients]
Ginger root extract
Pro-vitamin B5
Pro-vitamin B5
Sebab botol dia besar dan takde spray so aku beli spray bottle kecil untuk senangkan waktu pemakaian.
Aku macam biasa masa awal awal je excited lama lama hampeh. Hahaha 😂
Hair tonic ni masa memula pakai aku tak suka bau dia sebab macam kuat sangat bau alcohol mencucuk hidung gitu. Tapi bila dah kena rambut dia macam ada cooling effect so segar je rasa. Oh ya, bau tu kejap je bila dah 1-2 minit dia hilang. Dekat rambut pun takde bau sangat. Tonic ni pun tak melekit tau. Tak perlu basuh rambut pun lepas pakai tu.
Aku pakai sekali sehari iaitu sebelum tidur. Spray dekat scalp lepastu urut 2-3 minit. Apa yang aku nampak lepas pakai ni dalam sebulan gitu ialah anak rambut makin panjang. Gugur pun kurang sikit. Tapi sejenis aku malas selalu, rajin kekadang je. So ada lah hari yang pakai, ada hari tak pakai. Hair tonic ni lepas aku jarang pakai je rambut start gugur balik. So pengajarannya disini ialah kena CONSISTENT! Kalau boleh pakai 2 kali sehari. Jangan skip sehari pun. Baru nampak kesan. Kalau jenis tak sabar baru pakai seminggu pastu takde effect kau give up. No no! Jangan jadi macam aku ok!
Sejak dah lama tak pakai, pastu risau dah expired. Aku rasa nanti nak beli balik hair tonic ni dan consistent pakai. Sebab memang menjadi. Semoga rajin dan consistent lah nanti. Hehe.
Yang belum cuba tu boleh lah cuba okay. Nak jimat duit boleh share dengan kengkawan. 300ml÷3 boleh dapat 100ml sorang. Tahan sebulan gitu. 👍
Recommended or Not?
Yes!
Would you repurchase this?
Yup!
How many stars would you give?
4.5 out of 5 stars. 🌟🌟🌟🌟
P/s: All products reviewed by me are not sponsored. I bought it with my own money. What works for me might not work for you and vice-versa. Thank you. 💟
Sekian.
Assalamualaikum.
(1:39 petang)
Assalamualaikum, boleh sy tahu dekat mana ada jual hair tonic ni?
ReplyDelete