Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
Hello! Disebabkan aku cuti 4 hari sampai hari Selasa ni so aku nak habiskan segala review yang tertunggak. So that, new year nanti boleh start buat review produk baru pulak. Yeay! Oh ya, sekarang ni aku dah nak masuk Week 10 Sem 1 lagi 4 weeks untuk final exam. Rasa macam baru je masuk degree haritu. Hihihi 😂
Focallure Brows Cream
Code: 04 Ash Brown
Harga: RM3.78
Macam biasa lah aku beli dekat Shopee pastu cari yang paling murah. Tapi 3 ringgit aku rasa macam ya tohan murah sangat tu. Brow pencil daiso pun 5 ringgit lebih satu. Ni yang cream dapat 3 ringgit je.
Brows cream ni yang kedua aku beli. Sebelum ni aku ada beli satu brand lain iaitu Bud K tapi tak buat review lagi. Sebab yang tu tak best langsung susah nak lukis pastu cream dia keras dan kering. Sebab tu aku malas nak buat review. Tapi yang ni lain gila. Wlaupun murah tapi bagi aku quality dia bagus. 💪
Cream dia best, senang nak lukis lepastu waterproof. Dalam kotak dia ada bagi sekali brush kecik in case kau takde brush untuk lukis kening. Oh lupa kod aku 04 Ash Brown dan kod ni sesuai gila dengan kening aku. Tak coklat sangat tak hitam sangat just nice gitu ~
Member aku pun pernah try jugak brow cream ni pastu dia pun suka sebab senang nak lukis. Bila lukis kat kening tu rasa smooth je. Takde rasa kesat ke apa. Cream dia pun okay tak kering dalam bekas tu. Walaupun dalam bekas nampak macam oily semacam je tapi lepas dah letak kat kening je terus on fleek okayyyy. 👸
Aku tak pernah lagi beli brow cream/gel brand yang mahal atau yang dekat drugstore tu, tapi yang ni aku dah rasa cukup bagus. Harga murah, quality tip top. Berbaloi sangat. Brand ni aku rasa makeup dia banyak jugak yang best dan bagus. Walaupun lip cream dia hampeh tapi yang ni best. Hahaha. Korang kalau baru nak try beli brow cream aku suggest beli brand ni. 👍👌
Recommended or Not?
Yes!
Yes!
Would you repurchase this?
Yup kalau dah habis nanti.
Yup kalau dah habis nanti.
How many stars would you give?
4 out of 5 stars. 🌟🌟🌟🌟
4 out of 5 stars. 🌟🌟🌟🌟
P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. Thank you. 💟
Sekian.
Assalamualaikum.
(9:39 pagi)
No comments:
Post a Comment
Your comments will be highly appreciated ^^