3 December 2018

Makeup Review #39 : O.TWO.O 4 Colors Grooming Powder

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Hello! Last update blog bulan Nov haritu kan so ni satu lagi review untuk bulan Dec pulak. Nanti yang lain tu lepas habis sem ni aku buat review okayy. Banyak lagi barang yang kena review tapi tak sempat nak update walaupun setiap hari bukak laptop tapi tak sempat nak bukak blog. Huhuhu busy nau sistur 😂😂

Okay harini nak share satu lagi produk jenama O.TWO.O yang aku beli dah lama jugak tapi dalam tahun ni lah. Beli blusher sebab blusher aku kan ada berapa ketul je. Hahaha nak tambah koleksi gitu tapi nak yang mur mur saja.

O.TWO.O  4 Colors Grooming Powder

Harga: RM5.60
Beli sekali dengan concealer dia sebab nak cukupkan RM35 untuk free postage. Hihi

Aku dah pakai dua tiga kali jugak dan taktau kenapa aku tak minat sangat dengan blusher ni 
walaupun dia ada 4 warna kat dalam satu palette. Bagi aku blusher Odbo aku lagi best. Hahahaha. 

Dalam palette ni macam yang korang boleh nampak dekat gambar atas ni. Dia ada 4 warna berbeza dan kesemuanya blusher. Tapi ada dua yang ada shimmer iaitu yang ke-2 dan ke-4 dari kiri. Yang ke-2 dari kiri tu dia shimmer dan nampak bila punya shimmer bila dah sapu kat pipi. Yang ke-4 dari kiri pun ada shimmer tapi sikit sangat so tak nampak sangat pun. Yang dua lain tu plain matte. 

Apa yang aku tak suka pasal blusher ni ialah dia berhabuk sangat. Bila guna brush peh habuk semua berterbangan. Pastu dia tak pigmented sangat dekat atas kulit. Pastu susah nak blend tapi taktau lah aku je ke yang rasa benda ni. Ke sebab aku tak reti nak sapu blusher? Hahahahhahaha 😂😂

Warna yang aku selalu jugak lah pakai, warna yang hujung belah kiri dan kanan mix dua tu sebab warna dia macam warna coral gitu. Just nice walaupun kena buat banyak kali jugak sebab tak lekat dekat kulit. Hahaha. Tapi untuk harga RM5 lebih aku taknak lah komen banyak sebab harga tu dah sesangat murah untuk 4in1 blusher macam ni. Warna yang kedua dari kanan tu memang takde function gila dekat kulit aku sebab sekarang aku dah gelap (baca: tanned) sikit. Aha! Jadikan powder untuk set base okay rasanya. 😂

So, kalau korang ada plan nak beli blusher aku nasihatkan kumpul duit lebih sikit untuk beli blusher brand Palladio ke takpun jenama lain. Blusher brand Focallure aku tak pernah try lagi so nanti kalau aku beli aku review okay. ❤

Atas ni swatches semua blusher dekat tangan aku yang dah cukup tanned itu. Tangan lagi gelap dari muka cemano tu. Hahahahaha. Help me! Sesiapa yang tahu cara nak cerahkan tangan tolonglah komen. Kalau boleh taknak yang guna lotion sebab aku malas nak sapu lotion. Hahhahahaha pastu ada hati nak cerahkan kulit. Aku taknak cerah putih melepak pun janji sama tona dengan kulit muka pun aku dah bersyukurrrrr ~


Recommended or Not?
No!

Would you repurchase this?
No!

How many stars would you give?
1.5 out of 5 stars. 🌟🌠

P/s : All products reviewed by me are not sponsored. I bought with my own money. Thank you. 💟

Sekian.
Assalamualaikum.
(11:40 malam)


❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

No comments:

Post a Comment

Your comments will be highly appreciated ^^

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !