31 May 2018

Mask Review #9 : Freeman Overnight Cream Mask

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Mask Freeman yang ke 4 aku pernah cuba. Hihi 

Freeman Overnight Cream Mask
[Hydrating]
Honeydew + Chamomile

Harga: RM26
Tu untuk harga satu barang. Tapi yang ini kan aku beli yang gift set so dapat murah lagi lah. Dapat dalam RM19 je. Takpun kalau nak lagi jimat beli time ada sale kaw-kaw punya. Haa dengar cerita esok (1 June-5 June) ada 50% discount dekat Guardian. Meh lah kitaaa ~ 😛😜

[Descriptions]
This overnight mask with antioxidant-rich Honeydew and calming Chamomile rejuvenates skin while you sleep. Deep moisturizing Coconut Oil makes rough skin a thing of the past. Rinse upon waking to reveal a fresh complexion. Perfect for dry skin.


Atas ni adalah kesemua ingredients dalam cream mask ni. Ya Allah, baru aku tahu betapa penatnya nak buat satu review. Kalau product tu dah ada dalam list untuk check ingredients dia okay lagi tau. Yang takde ni, penat gila duk taip satu-satu nama bahan yang panjang kemain namanya. Baru aku tahu perasan seorang yang betul-betul serius dalam cosmetic/skincare ingredients ni. Haih la😅😅

Ini first time aku buh sekali ingredients product tau. Sila berterima kasih sikit. Aha! Okay.
Ingredients dia semua korang boleh tahu dia punya safety-ness dekat number tu tau. Yang hijau paling selamat digunakan. Kuning 50-50 ada yang okay ada yang tak okay. Yang merah pulak tak selamat. So, yang tak selamat dalam mask ni ialah fragrance. 

Mask ni kan texture dia sangat heavy tau. Memang khas untuk dry skin lah. Tapi disebabkan kulit aku kan jenis combination so ada dry patches jugak dekat tepi-tepi hidung bibir. Bila sapu dekat muka dia terus suppppp pedih tapi tepi-tepi yang ada dry patches je. Kat area lain okay je. Dan mask ni dia punya bau honeydew tu macam kuat sangat. So, hidung aku tak suka benda yang wangi over sangat ni. 

Aku tak pakai pun buat overnight mask sebab dia melekit sangat dekat kulit. Melekat semua rambut aku. Tapi aku guna lepas toner buat macam mask biasa. Pakai dalam 20 minit gitu pastu basuh. Yang bestnya mask ni bila basuh muka tu kan tak rasa berminyak pun. Rasa lembut je muka. Pastu description kata mask ni boleh absorb dalam kulit kan. Tapi aku pakai tak pun, dia duk atas kulit rasa berminyak je. 

Mask ni bila picit dari tiub dia nampak macam cream moisturiser biasa, tapi bila dah sapu dekat kulit dia macam minyak. Aku pun syok lah duk urut-urut muka. Hihi

Tapi tak tahu nak kata macam mana ek. Mask ni macam tak sesuai untuk kulit aku. First time pakai okay. Kali kedua aku rasa kulit aku macam burn sikit. Ada merah-merah naik. So, aku rasa mask ni tak sesuai untuk aku. Okay. Tu je nak cakap. Aku dah penat menaip ingredients tadi so sekarang takde idea nak cakap apa lagi. Aha! 😂


Recommended or Not?
Tak kot sebab untuk kulit aku pun rasa tak selesa nak pakai, tak tahu lah macam mana yang dry skin nak pakai mask ni 😡

Would you repurchase this?
Nah! 

How many stars would you give?
1 out of 5 stars 🌟

P/s : All products reviewed by me are not sponsored. What works for me might not work for you and vice-versa. I bought with my own money. Thank you. 💟

Sekian.
Assalamualaikum.
(3:00 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

No comments:

Post a Comment

Your comments will be highly appreciated ^^

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !