9 November 2017

Makeup Review #8 : My eyebrow pencils

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Kembali lagi dalam entri cubatrytest makeup review heeee. Rasa macam lama gila tak mengarang. Aha.
InsyaAllah lepas ni rajin balik sebab takde mende nak buat dah. 

Okayy. Harini nak share apa yang aku pakai untuk eyebrows. Rasa dah dewasa betul pandai lukis kening ni. Ahahahaha. Bawah ni antara eyebrow pencils yang aku guna.

Because i loveeee brown ~  
Pernah try pakai warna hitam choi macam shinchan gue. Ahaha tak sesuai langsung.
Bila try brown nampak natural sikit dan aku tak lukis macam pro pun. Just fill in the empty space gituuuu ~

Daiso Eyebrow Pencil
[code dark brown]
RM5.90



Yang Daiso punya best sebab ofcourse kita tengok harga dulu kan. Aha. Beli dari harga 5rm sampai lah ke 5.90rm harap dah tak naik lah lepas ni. 

Kedua, dia best sebab ada spoolie sekali. Spoolie dia pulak lembut jee. Tak sakit bila kita sikat kening. 

Ketiga best sebab tak payah nak asah bagai. Twist je dia naik. Tapi kena slow je lukis dan jangan buat tinggi-tinggi nanti patah membaziorrrr. Aha

Fav eyebrow pencil untuk tanggungan parents seperti diri ini. 

(tak bukak lagi sebab baru beli aha)

Designer Eyebrow Pencil @ Sinma
[code Brown / Dark Brown]
RM5



Yang ni kurang sikit bagi aku. Sebab brush dia macam brush kasut ahaha. Tak best sangat bila nak sikat kening. 

Kedua, dia kena asah haaa itu aku malas naaaa nak buat. 

Ketiga, dia best jugak lah sebab pencil dia lembut je. Tekan sikit je dah pekat. Tapi kena hati-hati jugak lah bila lukis tu takut jadi kening shinchan lak. Aahahha

Keempat, sebab dia murah so I dont mind to buy again in the future. Hehehe

Menow 2in1 Eyebrow + Concealer Pencil
[code 2 medium]
RM1.50-RM2.00 each



Eyebrow pencil ni best bagi aku lah. Sebab 2in1 kan. harga pun murah sangat haihhhh.

Kedua, pencil dia smooth je bila nak lukis. Masa nak conceal kening pun best. Tapi aku jarang sangat nak conceal kening sebab tak rajin ahaha

Ketiga, tak best sebab kena asah. Uiii malas sangat tapi sebab pencil ni best aku asah jugak sampai lah jadi pendek macam tuuu.

Keempat, ini eyebrow pencil kedua fav selepas daiso. Ahahaha. Beli banyak buat stock.


Okayy.
Itu saje perkongsian aku di hari ini. InsyaAllah lepas ni aku buat entri pengalaman jadi trainee teacher pulak ye. Aku tengah cari idea, gambar dan ingat balik memori yang kian pudar ceh. Aha

See you in next entry  


P/s: Every products that reviewed by me in this blog are not sponsored. I bought with my own money. 💟


Sekian.
Assalamualaikum.
(11:58 pagi)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

No comments:

Post a Comment

Your comments will be highly appreciated ^^

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !