Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
Hai. Haaa DIY kembali lagi. Baru first week of 4th Semester. So, i have a lots of free time eh not so free time but at least can write [read type] an entry about something before get really busy later on. Nak share pasal diy organic mask ni. I've fall in love with this d-i-y yogurt mask.
Sebab ape ? Sebab sangat jimat dan berkesan i tell you.
Before this dah share satu diy yogurt mask kan. Haa ini yang lain pulak.
Even though dia punya benefit lebih kurang je. Tapi memang best and power. Macam pa pa power rangers gituuu eh. Hahhahaha.
Okayy. Untuk mask ni bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti yang diatas.
Aku rasa macam boleh jadi cikgu bm je. Hahahha. Penggunaan bahasa yang mantop dan power ! Kah ~
Okay jom buat maths sikit pasal mask ni.
Aku beli plain yogurt jenama Nestle tak silap ke Dutch Lady Haaa tak kisah lah mana-mana kannn.
Beli yang bekas kecik yang makan terus habis tu dalam RM1.90 je. Tak lebih 2 ringgit pun. Jenama lain ada yang lagi murah. Kena pandai cari je.
Lemon sebiji RM0.50 dekat Giant. Kopi pulak dari Vietnam with Love katanya yang sememangnya murah. So, bajet nak buat diy mask ni memang tersangat lah murah daripada mask yang dah tersedia ada dekat kedai. Haaa lagi nak cakap, yogurt tu kalau tak habis buat mask boleh makan letak buah sikit bagi ada rasa. Lemon pulak bukan guna sebiji terus tau, aku guna 1/8 je. Haaa so maksudnya boleh buat lagi 7 kali okayyyyy. Tersangat jimat !!
Rasa macam nak menangis tengok jimat dia. Hahahaha.
Dah lengkap 3 bahan diatas haaa boleh lah campurkan semuanya. Yang taktau kopi ape yang boleh guna tu haaa meh sini nak bagi tau. Korang boleh pakai semua jenis kopi yang dikisar tak kisah brand ape nescafe pun boleh je. Yang ni aku pakai kopi Vietnam ibu aku beli masa Vietnam Trip dia. Banyak sangat kopi kat rumah sampai tak terhabis minum tu yang aku buat mask. Jangan membazir tau tau tau tau tau tau tau [cakap macam Johan cakap dengan Chantiq]
Try dekat tangan dulu kalau kulit korang sensitif takut jadi pape kat muka nanti. Kalau korang google pasal mask ni korang akan tahu yang ada artis hollywood yang selalu buat pakai mask ni. Tak ingat nama dia ape. Haaa korang gi lah google okayy ?!
Bila dah sure yang mask ni okay kat tangan, boleh la sapu kat muka. Yang paling best bila pakai mask ialah masa dah kering korang boleh scrub kulit muka korang. So, dia macam 2 in 1 lah. Mask and Exfoliator gituuu ~
Bila dah basuh muka semua, rasa smooth je kulit.
Pastu kalau korang selalu pakai mask ni contoh la 3 atau 4 kali seminggu confirm kulit korang glowing gitu. Yang aku perasan bila pakai yogurt mask ni kan parut jerawat senang hilang. Kalau ada jerawat yang baru nak tumbuh tu, dia kan terus kecut. Sebab tu diy mask ni best. Kalau korang creative korang boleh letak banyak benda contoh macam brown sugar for exfoliating, oat meal for oily skin and etc.
Selamat ber d-i-y guys !
Sekian.
Assalamualaikum.
(3:59 petang)
No comments:
Post a Comment
Your comments will be highly appreciated ^^