6 June 2016

Ramadhan 1437H

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt 

Hi. Rasa dah lama tak fefeling blogger menaip cerita. Hahahaha. Tau tau je lah masuk bulan ramadhan. Alhamdullilah dapat jumpa dan berpuasa di bulan ini.


Ramadhan kali ni sambut dekat kampus saje. Dan disebabkan bulan ni jatuh pada bulan Jun iaitu short sem. Aku pulak ambik 2 subjek sahaja. Kelas pun 3 hari sahaja. Isnin selasa dan rabu sahaja. Haaa banyak pulak sahaja nya. So, rabu petang atau khamis pagi dah boleh balik rumah. Buka dan sahur kat rumah. Ya Allah tak dapat digambar betapa gembiranya rasa hati ini. Hahahahahhahahah

First time okay puasa jauh dari family. Walaupun jarak dia hanya 45-50 minit dari rumah atau 35-40 minit kalau bawak 120km/j dan keadaan trafik lancar. Kahkahkah. Bila difikir-fikir kan cemana dulu aku boleh nak sangat belajar kat sabah/sarawak padahal belajar kat tempat ini pun dah tiap minggu nak balik rumah jumpa ibu ayah adik beradik. Hmmm. Itu namanya perancangan Allah lebih baik. Dia tahu yang aku tak mampu nak menanggung rindu di hati pabila berjauhan dengan keluarga. Choiiiiii ! Membebel pulak hahahhaha. Mentang-mentang dah boleh makan minum. Kalau tak takde maknanya nak membebel disiang hari. Penat ! :p

Okay lah. 

Happy fasting guys ! :)


Sekian.
Assalamualaikum.
(10:59 malam)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

No comments:

Post a Comment

Your comments will be highly appreciated ^^

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !