11 May 2015

Barang keperluan PLKN

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Untuk PLKN 2015. Tak banyak barang yang kena bawak. Bawak beg kecik je supaya nanti cikgu-cikgu kat sana tak perli kau "kau ni nak pergi umrah ke apa?" --- ramai yang dah kena perli macam ni. Nasib baik aku bawak beg comel je

Barang aku ~
Okayy antara barang yang SANGAT perlu kau bawak bila kau dapat PLKN ialah ::

1) Baju tshirt lengan panjang dalam 3-4 helai je (elak kena gigit nyamuk)
2) Seluar track 2-3 helai dah cukup sebab nanti korang akan dapat 2 helai seluar track plkn
3) Telekung bagi wanita muslim
4) Pakaian dalam yang banyak kalau korang jenis malas nak basuh macam aku
5) Tuala sebab tuala yang plkn bagi tak best tak serap air dan bulu-bulu lekat pada badan
6) Pads yang mencukupi (pandai-pandai la ye)
7) Nail cliper (kuku kena kemas dan pendek)
8) Sikat, getah rambut
9) Serkup + pin tudung bagi wanita muslim
10) Sabun, syampu, perfume dan segala yang kau rasa perlu
11) Surat khabar lama untuk balut pads korang (jangan buang dalam tandas!)
12) Selipar untuk ke surau, tandas
13) Baju tradisional untuk majlis apa-apa nanti
14) Botol air senang korang nak minum air nanti terus refill kat DM
15) Ubat-ubatan (panadol, minyak angin, dll)
16) Baldi mesti bawak walaupun dalam surat kata tak perlu sebab macam mana kau nak basuh baju kalau takde baldi kan ?
17) Hanger yang banyak untuk kau sidai baju dengan gantung dalam loker
18) Stokin sendiri takut kau tak selesa pakai stokin plkn yang tebal kemain plus susah nak cuci
19) Jam loceng untuk kejutkan kau bangun awal

+++ kalau kau rasa nak tambah benda lain pun boleh.

Ada bilik rehat kat sana. So korang jangan lah risau. Masih boleh tau hal ehwal semasa. Bila free boleh lah tengok tv. Tapi kena gaduh jugak lah dengan budak lain. Hahaha. Sebab memasing nak tengok cerita memasing. 

 Tapi jangan risau pasal baldi sebab kat koperasi pun ada jual baldi, sabun basuh, syampu semua lah. Makanan pun takyah bawak banyak sangat nanti beli kat koperasi je. Maggi je takde tau.  Lagi satu masa kau nak pergi plkn nanti disarankan pakai kasut sukan siap-siap. Sebab kalau kasut plkn kau basah, kau ada kasut lain untuk dipakai. Jangan jadi macam aku pakai kasut flat, bila kasut plkn basah hoi aku terpaksa pakai jugak ok. Tu yang kaki aku mengelupas teruk.

Kalau kau jenis suka membaca di waktu lapang tu, bawak lah buku atau majalah takpun novel. So, bila tengah free plus takde handphone boleh kau landing atas katil sambil membaca. Kalau ada mp3 pun boleh bawak. Alquran berterjemahan pun boleh bawak, kau boleh baca sebelum tidur. InsyaAllah terpelihara lah kau sampai esok pagi. Tidur pun lena je.

Lagi satu bila dekat tempat orang kena jaga semua. Mulut mata kaki tangan. Tu pesan parents aku sebelum naik bas. Sebab kau taktau apa yang ada kat sana. Dah lah kita ni menumpang tempat orang, so pandai-pandai jaga diri sendiri terutama perempuan. Nasihat untuk diri sendiri jugak !

Rindu jogging pepagi buta. Orang lain tengah membuta, kami jog ok. Pukul 5 pagi.
Baring atas gelangang bola tampar sambil tengok bintang.
The best thing you can do in PLKN. :)
Okayy dah habis cerita perihal PLKN.
Good luck kepada yang dapat. Enjoy ok ?

Sekian.
Assalamualaikum.
(9:48 malam)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !