Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
Oh maiii, rasa dah lama gila tak menaip. Sejak balik plkn plus laptop cracked. Entri terbaru tu pun dah lama diperam dalam draft tu yang terus publish. Senang. Hihi.
Nak cerita pasal PLKN. Tahun ni kumpulan 1 je ada. Kumpulan 2/3 ditangguhkan. So, memang rugi la yang kumpulan 2/3 tuu. Hihi. InsyaAllah tahun depan ada lagi. Baca entri sampai habis kalau nak tahu macam mana kehidupan dalam 'penjara biru'/ PLKN PRINCESS HALIZA.
Nak cerita pasal PLKN. Tahun ni kumpulan 1 je ada. Kumpulan 2/3 ditangguhkan. So, memang rugi la yang kumpulan 2/3 tuu. Hihi. InsyaAllah tahun depan ada lagi. Baca entri sampai habis kalau nak tahu macam mana kehidupan dalam 'penjara biru'/ PLKN PRINCESS HALIZA.
PLKN LIFE ...
6 Disember 2014 - 14 Februari 2015
Serius sebenarnya aku tak expect dapat plkn sebab aku rasa markah koko aku dah cukup bagus. Hahaha. Sekali masa nak cek dapat ke tak. DAPAT pulak...
Dan baru aku tau plkn tu random je dia pilih. Tak tengok pun koko kau bagus ke tak.
Aku dah kecewa dah masatuuu sebab taknak masuk plkn. Taknak kawad taknak berjemur....
Macam-macam alasan aku fikir macam mana nak elak masuk plkn ni. Sampai fikir nak gi hospital mintak doktor cek pastu kata berpenyakit kronik. Hahahaha.
5 Disember 2014 : Baru aku kelam kabut berkemas. Beli barang yang perlu. Siap baca blog ex plkn sebab nak tau barang ape yang kena beli. Ada yang suruh beli manga untuk kunci loker tapi dekat Princess Haliza loker tak pakai manga dah pakai yang berkunci. Menyesal beli manga. Dah la aku beli dua satu besar satu kecil. Nasib baik Dilla datang tolong aku packing barang. Beg roda aku macam nak pecah sebab sumbat banyak gila barang. Surat kata boleh bawak 2 beg je. Satu beg baju satu lagi beg sandang. Dua beg tu penuh. Aku pun tak tau apa yang aku bawak.
6 Disember 2014 : Siap-siap nak pergi Stadium Selayang. Keluar rumah dalam pkul 8 lebih, sampai sana nak dekat pukul 9 kot. Terus pergi khemah bertulis PRINCESS HALIZA. Sebab kat situ banyak khemah dari plkn lain jugak. Ambik nama semua terus ke bas. Aku ingat nak tunggu Risha sebab dia je kawan terdekat yang sama tempat dengan aku. Kawan lain pun ada jugak cuma tak rapat mana. Disebabkan Risha lambat dan aku tengok jam dah pukul 9, terus je letak beg dalam bas dan naik bas. Tak lupa salam parents dulu. Rasa nak nangis wehhh. Aku tak pernah jauh dengan parents. Ni first time ok. 2 bulan 2 minggu. Lama sangat tuuu..
Dari Selayang ke Sepang dalam sejam setengah je. Tak sempat nak tidur pun. Lupa nak cerita sebelah aku budak india dari Rawang. Tak cakap sangat pun. Dah sampai sana lagi rasa nak nangis sebab tempat dia macam dalam hutan. Cuma depan plkn ada rumah orang kampung sikit. Tuuu jeee. Sampai sampai terus heret beg ke Dewan Syarahan. Kat sana dah ada budak yang datang sendiri dekat parents. Aku ikut bas yang pertama. Kemudiannya ada lagi 2 bas sampai. Risha bas yang ketiga. Lol ~
Nampak ada abang askar (not-so-abang, pakcik ok !) siap beruniform suruh keluarkan borang semua. Isi borang itu ini. Hoi banyak betul borang. Dah siap semua dia suruh pergi Dewan Makan pulak untuk cek beg. Semua barang terlarang dia rampas. Tapi masa dah nak balik nanti baru dia bagi balik. Aku tengok ramai yang bawak maggi berbungkus-bungkus semua kena rampas. Dia bagi bawak 2 paket je tak silap. Hahaha. AKu tak terfikir pun nak bawak maggi. Aku bawak Nips dengan gula-gula je.
Lepas cek beg, aku nampak banyak kaunter. Kat atas pentas sampai ke hujung DM. Lepas makan tengahari (1st day lunch makan nasi ayam) tengah makan tu abang askar yang bagi ceramah? tadi datang kat aku pastu kata ' eh, nangis ke?' aku pun jawab ah tak lah. Sebab serius tak nangis pun. DM tu panas weh. Kipas bape buah je. Berpeluh aku makan dengan pakaian aku all black outfit masa tu.
Dah habis makan kena basuh tray cawan sendiri. Ok ni dah biasa. Pastu terus beratur untuk ke kaunter. Ada 10 kaunter kot kalau aku tak silap. Antara kaunter yang aku ingat...
*Kaunter bagi no indeks dengan kompeni
*Kaunter pasal buku bank
*Kaunter serahan borang kesihatan - tak buat, tak bawak borang dan tak bagi.. hahaha macam mana boleh tertinggal pun taktau lah.
*Kaunter timbang berat // ukur ketinggian.
*Kaunter untuk BMI tak normal
*Kaunter suruh kau membaca sebab dia tengok kau ni bisu ke gagap ke.
*Kaunter bacaan solat - kat sini ramai yang cuak hahaha
*Kaunter serahan handphone
*Kaunter cadar dan selimut
Tu je kaunter yang aku ingat.
Pastu dah boleh pergi dorm memasing. Aku dapat kompeni Charlie. Sama dengan Risha. Memang aku happy gila sebab dapat satu dorm dengan Risha. Sebab 1 kompeni dua dorm. Kitaorang dapat D5. Ada kawan aku Mimi dapat D6. Dan D5 paling hujung sekali. Heret beg macam nak tak nak je aku heret. Sebab dah penat pastu tak sampai-sampai lagi.
Kompeni ada 4. Alpha, Bravo, Charlie dan Delta. Kalau korang nak tau macam mana dia bagi kompeni kat korang. Trick dia korang jangan beratur dekat-dekat dengan member. Selang-selang la insyaAllah dapat sama kompeni. Hahaha. Sebab aku memang beratur sorang masa tu depan belakang tak kenal. Risha pulak dah lama lepas. Aku je yang terhegeh-hegeh. Hihi.
Sambung Part aktiviti pulak okayy :)
Sekian.
Assalamualaikum.
(8:32 malam)
Kompeni ada 4. Alpha, Bravo, Charlie dan Delta. Kalau korang nak tau macam mana dia bagi kompeni kat korang. Trick dia korang jangan beratur dekat-dekat dengan member. Selang-selang la insyaAllah dapat sama kompeni. Hahaha. Sebab aku memang beratur sorang masa tu depan belakang tak kenal. Risha pulak dah lama lepas. Aku je yang terhegeh-hegeh. Hihi.
Sambung Part aktiviti pulak okayy :)
Sekian.
Assalamualaikum.
(8:32 malam)