29 August 2014

Majlis Graduasi

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

23 Ogos 2014 - Dah graduate dah ! Wohooooo

Hari khamis rehearsal, Sabtu yang betul-betul. Punya lah ketaq lutut nak naik pentas. Dengan ada skrin besar 2 kiri kanan dewan. Kamera sana sini. Peh peh peh. Nasib duduk tepi sekali dannnn kipas betul-betul kat sebelah. Peh peh peh. Kalau tak, peh lencun !

Nasib Dekan yang bagi sijil tu perempuan. Tak nervous sangat. Tapi kena salam pulak. Dah lah nebes, tangan berpeluh. Haihh. Memang aku tawakkal je naik pentas, tunduk, salam, pegang sijil, pandang kamera, turun pentas.

Tapi disebabkan nebes yang berlebihan, aku salah step masa nak ambik sijil. Patutnya lepas ambik terus pegang dengan tangan kiri. Tapi aku pegang kat tangan kanan dulu. Pastu baru perasan salah cepat-cepat aku tukar tangan. Jalan lelaju turun. Peh peh peh

Pastu dengan ada budak tak datangnya, sijil pun bertukar-tukar. Nasib sijil aku bertukar dengan kawan depan je. Dah turun pentas cepat-cepat tukar, masuk dewan balik. Lalu kat karpet merah. Maluuu oi. Dah tu masa nak ke tempat duduk, banyak gila kerusi aku langgar. Nebes tak habis-habis lagi. Bila dah duduk dengan kipas kat sebelah baru tenang...... memang peh ah
Bila majlis dah tamat. Sesi bergambar pulak. Scroll ke bawah k ! Jangan nak malas sangat ! 
*klik untuk tumbesaran*

 Classmates    
Dengan jiran sebelah (5 sains 1)
Depan kelas
Candid 1
Candid 2
Favourite photo
Dan diakhiri dengan foto sopan santun dan penuh keayuan daripada (satu per lapan) pelajar perempuan aliran sains tulen.
Muka-muka bakal doktor, arkitek, engineer, surirumah berdegree, emak orang bermaster... hahhaha
 InshaAllah
Isnin nya dah trial.
Doakan ye. Tq

** sorry tak sempat nak cerita pasal raya dengan trial sangat. Tak sempat oiii.

Sekian.
Assalamualaikum.
(4:33 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !