23 April 2014

Afrah -- tujuhbelas

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

* Entri ini dikarang dengan penuh emosi. Sila sediakan tisu kalau nak baca ! Hee

H A P P Y 17th B I R T H D A Y 
A F R A H F I A D M U I 



Baru lahir
SITI ZAINATUL AFRAH
Lahir di Hospital Tanjung Karang, Selangor
Kampung Ibu Ayah
Ayah dan ibu satu kampung. 
Masa sekolah dulu,
Ayah ketua pengawas 
Ibu . . hmmm.. cantik sesangat !
(nak cerita jugak walaupun takde kene mengena)



Beberapa bulan

Dengan ayah.
Anak ayah sampai bebila ~



1 Tahun

Kalau tak silap
Masa ni kenduri kahwin PakLong MakLong
 Anak orang yang jaga aku dengan abang aku
Kami macam keluarga. Serius
Nenek Enon , Atok Hamid
Anak-anak dia kami panggil
PakLong - Mak Long 
(lepas nenek meninggal, Maklong jaga kitaorang)
Pak Ngah - tak kahwin lagi
Pak Lang - Mak Lang
Pak Teh - Mak Teh
Mak Su - Pak Su

Ah, rinduuuuu :)



2 tahun

Lahirnya adik aku 
11 Nov 1999
I love you, sister !
Walaupun asyik gaduh
Kekadang risau juga
Kekadang rindu pun ada



3 Tahun

Kami pindah ke Sungai Buloh
Sebelum ni
Tinggal dekat Sungai Penchala
Rezeki kami disini
Aku membesar disini
Tapi
AyahIbu ulang alik hantar kami ke Sg. Penchala
Nenek jaga kami



4 Tahun
Solat jemaah
Ngaji dengan Ayah



5 Tahun
Hadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan
Tadika Islam Sungai Penchala
Terima Kasih IbuAyah sebab sekolahkan kami kat tadika ni
Ajar pakai tudung
Alhamdulillah
Aku senang bertudung
Tak mengeluh bila disuruh bertudung
Biarpun panas berpeluh
Mula berpuasa
Mulut kering
Bibir berdarah
Aku masih kuat


6 Tahun
Tangkap gambar pegang sijil
Pakai baju topi konvo
Gembira dalam sedih
Muka angkuh
Tak usah nak cakap



7 Tahun
Gambar ini masa Eidulfitri
2004
Adik bongsuku lahir
Kami tertiga lahir di Tanjung Karang
Dia sorang lahir di Sg. Buloh 
---
Sekolah rendah kat SK Sg Pencahala 
Hingga darjah 2
Minat kawan abang
Nama dia Naim. Hihi
Hai Naim -- sekarang dah tak minat




8 Tahun punya gambar tak jumpa !
--tak berapa nak ingat kisah darjah 2



 9 Tahun
Pindah sekolah ke SK Bandar Sri Damansara 1
Sebab pindah --
Ikut Maklong pindah
Kan lepas nenek meninggal
Maklong jaga kami
Dari Sg. Penchala maklong pindah ke Bandar Sri Damansara
Kami pun ikut pindah. Heeee
Sewa rumah flat tingkat 5
Rumah Maklong bawah sekali
Kami ulang alik dari Sg. Buloh ke BSD
Bila cuti je kami duk kat SB pulak
Muka gelap
Entah mengapa



10 tahun punya gambar tak jumpa !
kisah darjah 4
--- jatuh basikal kat longkang besar tepi rumah 2 tingkat
kejadian ni kat SB
Muka calar balar
Tapi
Allah masih panjangkan usia
Dan
Terima kasih orang yang telah tarik tangan aku keluar dari longkang
Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan 'Abang' --
ye, orang yang tolong aku tu lelaki
Aku masih ingat



11 tahun
Sambut Hari Lahir adik bongsu 
Muka berminyak
baru lepas senamrobik kat sekolah
Ada majlis aerobik beramai-ramai
Alahh
Majlis yang kena kutip derma untuk sekolah
Tahun akhir di BSD
Minat Azmeer
Hai Azmeer -- sekarang tak dah
Tahun aku paling aktif
Masuk pertandingan itu ini
bola jaring, tarik tali, bola keranjang
kawad kaki 
Rumah Hijau menang tahun tu
Go Go Syahbandar (Hijau)
Pergi camping
Satu team dengan Azmeer -- gembira tak terkata
Malam kebudayaan
Team kami nyanyi lagu Cinta Tiga Segi 
Kami juara
Walhal Azmeer dengan beberapa orang je yang nyanyi
Gegirls hanya bergerak kiri kanan
Tahun yang penuh dengan kenangan !



12 Tahun
Pindah secara tetap ke SB
Darjah 6 di --
SK Bandar Baru Sungai Buloh
Tahun paling tak aktif
Rindu budak BSD lagi
Rindu Azmeer -- tak habis habis lagi
Sekolah agama
SRA Paya Jaras
kenal ramai kawan
Boleh lah --

Kisah lanjut di entri ini



13 Tahun
Sekolah menengah
sebelah SKBBSB iaitu SMKBBSB
 Seorang pengawas pusat sumber
Kenal Amirul Hafiz
Hai A.H -- belajar elok-elok
Kenal ramai orang
Jumpa kawan baik



14 Tahun
Masa ni melawat kebun kelapa sawit Ayah
Kehidupan sama macam tahun 2010
Ada juga yang berubah



15 Tahun
11/11/2012
Sambut ulang tahun adik
di kampung
muka penuh jerawat
stress dengan PMR
baru lepas balik dari kenduri kahwin
--
banyak kenangan juga
pelbagai rakan
pelbagai ragam
tahun kenangan terindah juga !
manis , pahit
semua ada.


16 Tahun
Sedih. Kecewa. Redha
Tak dapat tukar aliran
Tetap dengan pure science
Rezeki aku disini mungkin
belajar banyak perkara
lebih relax 
lebih matang
lebih tenang
tiada lagi istilah couple --
hanya
menuntut ilmu
Moga Allah memberkati



17 Tahun

Dengan adik --
over sangat dia
17 tahun aku
tahun ini
banyak benda belum sempat dicapai
banyak sangat
moga Allah panjangkan usia
dapat beribadah
cukupkan apa yang tak cukup
SPM
moga dipermudahkan



-- Aku dah siapkan entri ni sebelum bulan 4 lagi. Hee Nampak naa tak sabar nak post. Haha. Nak buat kelainan sikit tahun ni. Ini lah kisah aku dari kecik sampai sekarang ni. Tu je yang mampu aku kongsikan. 
Moga korang nangis teresak-esak masa baca entri ni. Hahahahaha

-- Terima kasih bebanyak dekat semua kesayangansss (family, kawan) yang bagi ucapan selamat ulang tahun. Terharu yang amat. Sampai nak nangis kitaaa. Haha
Moga Allah berkati semua kesayangansss kita.

-- Pemberian hadiah dialu-alukan. Terima Kasih. Haha *kid-- kid--kidding*

Sekian.
Assalamualaikum.
(3:40 petang)

❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !