Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
Tahun ni.... tahun paling busy mungkin.
Sibuk dengan pengajian 'senior year' (konon sangat !)
Tak cukup masa nak update blog sangat. Sebab tu aku ambil satu hari ni untuk buat beberapa entri. Save dulu pastu bila free nanti baru aku terus publish.
Berjuang berhabis-habisan untuk memahami semua subjek ni.
Fighting !!
Pastu nama kelas pun dah tukar.
Kalau dulu ikut abjad Arif, Bestari, C......
Sekarang,
5A = 5 SN1 (sains)
5B = 5 SN2 (sains)
*takbest
Cepat betul masa berlalu.......................
Cikgu sivik : set mana nak pergi lepas ni, universiti mana, bidang apa, sebab apa kau pilih bidang tu.
Jawapan saya :
→ UITM Seri Iskandar, Perak
→ Bidang seni bina (architecture)
→ Sebab : Ayah saya seorang pelukis pelan (adik beradik arkitek). Saya membesar dengan melihat ayah saya membuat kerja berkaitan seni bina. Saya sering kali membantu ayah saya (konon !) menyiapkan kertas kerjanya. Walaupun saya hanya membantu dari segi melihat dan bertanyakan soalan tentang itu ini. Ada kalanya saya tolong fotostatkan kertas kerjanya. Saya rasa seronok. Bertambah seronok apabila kami sekeluarga pergi bersiar-siar di ..... (tak ingat dekat mana) dan ayah saya berkata,
"Bangunan (hospital, hotel, dll) ni projek ayah dulu."
Saya rasa bangga kerana bangunan tersebut kekal sehingga ke hari ini. Nanti boleh lah saya tunjukkan bangunan tersebut kepada anak-anak sendiri, anak-anak buah dan berkata,
" Bangunan ini atuk kamu yang reka. Hah, jangan main-main ! Kena belajar betul-betul dan jadi macam atuk ."
Saya juga berminat untuk meneruskan pekerjaan ini. Mana tahu nanti saya boleh kerja sekali dengan ayah dekat pejabat dia. Hahaha. (senangnya kerja aku !)
Banyak lagi nak taip ni tapi cikgu kata tidak melebihi 50 patah perkataan. Jadi, saya berhenti setakat ini sahaja lah.
*kalau tak dapat seni bina mungkin aku akan pilih ............... (tak fikir lagi)
Akhir sekali.....................
SPM 2014 ~
mu tunggu aku datang.......
Sekian.
Assalamualaikum.
(9:40 pagi)