24 June 2013

Skincare Review #2 : Produk Safi

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
Hai. Ni nak share sikit tentang produk muka yang aku guna setiap hari. Daily use bak kata omputeh. Hihi.  
Tadaa ! Ini lah dia ~
Kulit aku sesuai dengan produk ni. Sebelum ni aku pernah jugak pakai jenama Oxy, Clean'n'Clear, Garnier dan banyak lagi tapi kulit tak sesuai dengan produk tu. *cedih* Habis kulit kering, mengelupas dan sebagainya. Pastu terus tukar produk. Dan produk ni je yang sesuai dengan kulit muka kiteww. Brand ni paling sesuai dengan kulit aku lepastu kulit tak senang kena sunburn.

1) Cleaner + Toner (pakai kadang-kadang)
 Pembersih dan Penyegar SAFI BALQIS Perfect 10 dengan rumusan bebas sabun serta Mentol yang bertindak 2 dalam 1 sebagai pembersih dan penyegar. Ia membersih secara mendalam untuk mengeluarkan sisa kotoran di samping mengembalikan kesegaran dan mengecilkan pori tanpa menghakis lembapan semula jadi kulit wajah. Manik-manik kecil di dalamnya mengandungi minyak bunga matahari yang tinggi kandungan Vitamin E pula bertindak sebagai antioksida yang memberi perlindungan kepada kulit.
Yang ni dia kata 2in1 tapi aku pakai kadang-kadang je sebab bila pakai hari hari kult rasa macam kering sikit. Sebab tu aku pakai seminggu dalam 3/4 kali je. 

2) Facial Cleanser
    Pembersih Muka Kawalan Minyak SAFI BALQIS Perfect 10 membantu mencegah bakteria punca muka mudah berjerawat serta mencerah dan menyamaratakan tona kulit.
    Foam cleanser ni aku pakai hari hari dan tiap kali cuci muka lepas balik sekolah semua tu. Rasa kulit bersih je. Best!


    3) Krim Kecantikan Safi Balqis Perfect 10
    Krim Balqis Perfect 10 menutup cela dan noda pada muka. Menghalang cahaya uv berlebihan pada kulit muka. Bertindak sebagai sunblock pada kulit.
    Beauty cream ni aku ambik dari makcik aku punya sebab dia tak pakai so aku pakai lah. Kan tak elok membazir. Hihihi. Lepas pakai muka nampak cerah tapi natural je. Paling best kulit tak berbelang pun walaupun main sukan lama. 

    4) Toner

    Penyegar Safi (warna hijau) menyegarkan kulit muka selepas mencuci muka.

    Toner ni best sebab dia tak melekit pun. Aku pakai hari hari sebelum pakai beauty cream. Okay tu je. 



    Selamat Mencuba ~


    P/s : All products reviewed by me are not sponsored. What works for me might not work for you and vice-versa. I bought with my own money. Thank you. 💟


    Sekian.
    Assalamualaikum.
    (5:02 petang)

    ❤ Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua. *peace* ❤

    COPYRIGHT @ AFRAH FIADMUI. PENJENAYAH COPYCAT TIDAK DIBENARKAN BERADA DIKAWASAN INI !